Friday, March 30, 2012

Raja Dato' Seri Raja Ashman Shah Mangkat

30.03.2012, Jumaat - Dukacita dimaklumkan putera bongsu kepada Sultan Perak, Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulung Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah kembali ke Rahmatullah pada pagi ini jam 01:30hrs. Jenazah akan dibawa ke Istana Iskandariah sebelum dimakamkan di Makam Diraja Al-Ghufran, Kuala Kangsar, Perak. Almarhum mangkat kerana serangan Asma dikedimannya di Kuala Lumpur lebih kurang jam 01:30hrs tadi. Jenazah bertolak dari Kuala Lumpur jam 06:36hrs dan dijangka tiba di Istana Iskandariah pada jam 08:30hrs. Istiadat permakaman mengikut adat istiadat diraja Perak akan berlangsung selepas solat Asar. Kepada anda yang hendak menziarahi jenazah di Istana boleh menggunakan pakaian bewarna hitam tanpa lilitan putih.

Al-Fatihah kepada Almarhum Raja Dato’ Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah semuga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amin.

Syah tak dapat hendak update perkara ini lebih lanjut kerana bertugas diluar pejabat. Insyallah akan update kemudian.

5 comments:

Anonymous said...

Dlm ramai2 anak raja kat Perak, saya suka sgt kat Raja Ashman kerana baginda anak raja yg soleh, semoga baginda ditempat didlm salah satu syurga2 Allah SWT. Takziah buat keluarga baginda.

Skudal said...

Innallillah.... takziah kepada keluarga baginda

Anonymous said...

Innalilah insyaallallah roh nya akan bersama solihah & solihin

YangAriff said...

Semoga Allah Ta'ala mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Bersemadilah seorang lagi sufi yang mengikut jalan tarekat yg benar dan hak. Semoga kita semua dapat berbakti kepadaNya

Anonymous said...

Mana ada anak raja lain yang warak pada masa sekarang selain Raja Ashman Shah ini dan Raja Kelantan sekarang - Raja Faris Petra (Sultan Muhammad V)