Friday, March 30, 2012

Almarhum Raja Dato' Seri Ashman Shah Selamat DiMakamkan




.............. Al-Fatihah ............
Semuga Rohnya Almarhum Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulung Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah DiTempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh.


30.03.2012, Jumaat - Shukur Alhamdulillah jenaah Almarhum Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulung Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah selamat dimakamkan dengan penuh adat istiadat diraja Perak petang tadi di Makam Diraja Al-Ghufran, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Istiadat permakaman berakhir lebih kurang jam 19:34hrs. Almarhum meninggalkan seorang isteri Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Noraini Jane dan tiga orang cahayamata iaitu Dato' Raja Ahmad Nazim Azlan Shah, Raja Eminah Alliyah dan Raja Bainunisa Safia. Almarhum mangkat di kediamannya di No. 25, Jalan Setia kasih 5, Bukit Damansara, Kuala Lumpur akibat serangan Asma pada jam 01:30hrs.

Jenazah dibawa dari kediaman Almarhum pagi tadi jam 06:30hrs dan sampai di Kuala Kangsar jam 08:30hrs dan diletakkan di Istana Iskandariah untuk penghormatan terakhir yang dihadiri oleh Kerabat-Kerabat Diraja, para Kenamaan dan rakyat Jelata sebelum jenazah diarak ke Masjid Ubudiah untuk disembahyangkan dan kemudiannya disemadikan di Makam Diraja Al-Ghufran.. Turut meniarahi jenaah almarhum adalah Perdana Menteri dan Isteri, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Menteri Besar Perak Dato' Seri Dr Zambry Abdul kadir dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Almarhum menperolehi Diploma dalam Undang-Undang Perniagaan daripada Universiti London, Ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada Universiti Nottingham, Ijazah Sarjana dalam Undang-Undang daripada Universiti Cambridge dan Barrister-at-Law daripada Lincoln's Inn. dalam bidang agama pula Almarhum pernah belajar dengan Sheikh Muhammad Naim Al Haqqani - tariqat Naqshabandiah Aliyah. Almarhum adakalanya dilihat memakai sarban besar.

Almarhum diputerakan pada 28.12.1958 dan dengan Kemangkatan Almarhum dalam usia 54 tahun ini telah meninggalkan dua kekosongan Raja Bergelar yang bakal menjadi Pewaris Tahta Negeri Perak Darul Ridzuan. Kekosongan Raja Kecil Sulung Perak Darul Ridzuan mungkin akan diisi oleh Yang Teramat Mulia Raja Kecil Tengah Perak Darul Ridzuan, Dato' Raja Ahmad Nazim Azlan Shah bin Raja Ashman Shah iaitu anakanda Almarhum sendiri. Dengan ini terdapat dua kekosongan iatu gelaran Raja Kecil Tengah Perak Darul Ridzuan dan Raja Kecil Bongsu Perak Darul Ridzuan.

Senarai pewaris Tahta Negeri Perak Darul Riduan adalah seperti berikut sebelum kemangkatan Almarhum adalah seperti berikut:-
  • TEMPAT PERTAMA
Gelaran :
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
Sultan, Yang Dipertuan dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan
Nama :
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah, D.K. , D.K.M. , D.M.N. , D.K. (Kelantan), D.K. (Terengganu) D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K. (Selangor), D.K. (Kedah), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Pahang), S.S.M. , P.M.N. , P.S.M., S.P.C.M. , S.P.T.S. , S.P.M.P. , S.I.M.P. Hon. Knight Grand Cross (Civil Division)of The Order of The Bath (U.K.), The Bintang ADI PURNA (Republic of Indonesia), The Most Auspicious of The Tajamitrabhorn (Thailand), Grang Order of Mugunghwa (Republic of Korea), Collar of THe Japanese Order of The Chrysanthemum and Grand Cordon of The Supreme Order of The Chrysanthemum (Japan), Civil Order, 1st Class (Oman), Grand Cross Special Class of the order of Merit of The Federal Republic of Germany (Germany), Orden Al-Merito De Chile (Republic of Chile), and order of Hussein ibni Ali (Qiladah Al-Hussein bin Ali (Jordan).
Naik Tahta Pada : 03.02.1984 DiTabalkan Pada : 09.12.1985
Pasangan
Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Bainun, D.K., D.K. (Selangor), D.M.N., D.K.A.
  • TEMPAT KEDUA
Gelaran :
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan
Nama :
Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, D.K, D.K.II (Selangor), D.K.S.A., S.P.C.M, S.P.T.S, S.P.M.P. (Perlis), Ph.D (Harvard)
Dilantik Pada : 15.04.1987
PASANGAN :
Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim, D.K.S.A., D.K.A.
  • TEMPAT KETIGA
Gelaran :
Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.
Nama :
Raja Jaafar bin Raja Muda Musa, D.K., S.P.C.M., J.S.M.
DilantikPada : 16.02.1998
PASANGAN :
Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani bt. Raja Shahar Shah, D.K.A., S.P.C.M., P.C.M.
  • TEMPAT KEEMPAT
GELARAN : Yang Teramat Mulia Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan.
NAMA : Raja Dato’ Seri Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah, D.K.A. II., S.P.C.M., S.S.D.K.
Dilantik Pada : 16.03.2010
PASANGAN :
Yang Teramat Mulia Tunku Dato’ Seri Soraya bt. Sultan Abdul Halim, D.K.A. II., S.S.D.K.
  • TEMPAT KELIMA
GELARAN :
Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulung Perak Darul Ridzuan.
NAMA :
Raja Dato’ Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, D.K.A II., S.P.C.M.
PASANGAN :
Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Noraini Jane, D.K.A. II., S.P.C.M.
  • TEMPAT KEENAM
GELARAN :
Yang Teramat Mulia Raja Kecil Tengah Perak Darul Ridzuan
NAMA :
Dato' Raja Ahmad Nazim Azlan Shah bin Raja Ashman Shah
Dilantik pada : 16.03.2010
PASANGAN :
Tiada
  • TEMPAT KETUJUH
GELARAN : Yang Teramat Mulia Raja Kecil Bongsu Perak Darul Ridzuan.
NAMA :
Kosong
PASANGAN :
Tiada

Sumber : Gambar dari Raja Nur Jannah

2 comments:

Unknown said...

~ Sangat menyayat hati seorang khalifah Allah yang sangat baik budi dan akhlaknya..semoga rohnya dirahmati Allah...~

Anonymous said...

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan di syurga oleh Allah swt.