Sunday, March 4, 2012

Kemasa Ruang Tamu Rawang Residence

04.03.2012, Ahad - Salam dan Selamat Petang kepada semua. Bagaimana anda habiskan cuti hari Ahad nie ? Syah tak kemana dan stay dirumah sahaja kemas ruang tamu. Dah berbulan ruang tamu tak terjaga sebab Syah masukkan barang-barang kat car porch kedalam ruang tamu dan alihkan perabut kebelakang sedikit kerana walaupun pintu tutup tetapi habuk renovation tu masuk juga sedikit. So hari nielah Syah bersihkan habuk-babuk pada perabut dan polish semua perabut dengan minyak kayu murni. Dari jam 08:00hrs tadi Syah mula kerja dan siap jam 15:30hrs.

Walaupun penat membersihkan habuk, polish semua perabut kayu dan mop lantai, Syah rasa puas sebab rumah nampak kemas sedikit. Jam 10:00hrs tadi rehat sebentar untuk breakfast dengan cereal dan lunch tadi tak makan cuma ambil Makanan Kesihatan Herbalife . Sekarang jam 17:24hrs dan taklah rasa penat sebab happy tengok ruang tamu dah bersih sedikit walaupun masih ada beberapa barang seperti meja dan lampu gate yang belum dipasang lagi kerana anak Wak Baha, Adi tak ada di Rawang. Insyallah dua minggu lagi clearlah benda-benda tu.

Sorry lah coz tak dapat nak update mengenai raja-raja pagi dan petang nie tetapi Insyallah Syah cuba cari bahan untuk buah tangan anda semua. Sehingga berjumpa lagi dilain Entry .Bye............

No comments: