Thursday, March 15, 2012

Pengiran Muda 'Abdul Wakeel Sampaikan Derma Untuk Mangsa Ribut Taufan Filipina

15.03.2012, Khamis - Pagi tadi Putera Bungsu kepada Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan rombongan telah berangkat ke Kementerian Pendidikan bagi menyerahkan Derma untuk mangsa Ribut Taufan Filipina. Derma berkenaan telah disampaikan kepada Yang Berhormat Pehin Menteri Pendidikan Brunei Darussalam. Pengiran Muda 'Abdul Wakeel merupakan putera kepada Azrinaz Mahzar Hakim, bekas isteri ketiga Sultan Brunei. Pengiran Muda Abdul 'Wakeel yang berusia enam tahun ini diputerakan di Bandar Seri Bagawan pada 01.06.2006. Azrinaz mengahwini Tuanku Sultan Brunei pada 20.08.2005 di Kuala Lumpur, Malaysia. Pasangan ini berpisah pada 16.06.2010 dan telah dikurniakan dengan sepasang cahayamata. Telah menjadi kebiasaan bagi anakanda-anakanda Sultan Brunei didedahkan kepada urusan rasmi negara dalam usia yang muda kerana mereka ini bakal menjadi orang-orang penting dalam pentadbiran negara satu hari nanti.

Sumber :- Infofoto

No comments: