18.03.2012, Ahad - Macam biasa hari nie mengemas rumah dan menunggu anak Wak Baha, Adi untuk uruskan wiring yang ada masalah. Katanya hendak datang semalam tetapi sampai petang Syah call dia tiga kali baru inform tak dapat datang dan kata datang hari ini jam 10:00hrs. Sekarang jam 11:37hrs tak nampak lagi bayangnya dan bila call jam 10:17hrs tadi katanya on the way. Pening kepala dibuatnya tetapi tak perlah, sabar jer lah.
Disebabkan Adi lambat sangat untuk pasang lampu dan kebetulan hari Rabu lepas Syah MC, Syah upah Cina kedai Elektrik untuk pasang lapu gate, up and down light dan lampu di car porch. Lampu car porch ok tetapi bila dia pasang lampu gate , trip dan katanya ada masalah wiring dan Syah kena call wireman yang buat benda tu. So Syah minta dia tanggalkan sambungan dan pasang jer lampu tu sementara menunggu Adi datang. Ada masalah lain pula dimana up and down light Syah tak boleh pasang kerana dia tak bawa tangga tinggi. Pening kepala dibuatnya, boleh jadi macam tu.Ingatkan boleh settle masalah rupanya ada-ada jew.
Semalam mereka datang untuk install lampu tu dan ianya ok, hanya lampu gate jer yang masalah, minta-minta Adi boleh selesaikan masalah nie kalau tak alamat jadi hiasan jer lah lampu tu kerana wiring dalam tembok dan tembok pula sudah ditile. Sebelum mereka balik, lori bawa gate pula sampai. Walau bagaimanapun besi penutup lubang depan gate tu terpaksa dibawa balik semula ke bengkel kerana sizenya kecil dari lubang tu. Ada-ada jer? Ya Allah macam-macam dugaan. Selepas lori balik, Bong dan pekerjanya sampai untuk pasang pagar. Adalah dari jam 10:30hrs sampai jam 15:00hrs baru kerja-kerja mereka selesai.
Selepas habis kerja dia ke rumah Azrin sebab nak pasang pemegang tangga. Kemudian dia datang dan inform besi tu tak boleh pasang petang nie kerana bengkel yang dia tempah tu tutup. Rupanya dia buat gate stainless steel jer dan besi tu dia minta orang lain buatkan. Lalu Syah bayar terus duit dia dan Syah kata tak apalah saya bayar semua sekali sebab saya percaya kat Abang. Dia minta Syah call bila free untuk mereka pasang besi tu dan Syah kena cuti lagi. Alamak............. Hemmmmm.
Nanti bila Bong datang, Syah akan minta dia polishkan semula tombak kat pagar Syah kerana nampak tak digilap sepenuhnya. Semalam mereka pasang tengahari dan Syah tak perasaan sebab nampak berkilat kena matahari dan bila petang dan Syah lap pagar dan nampak ada kesan kotor-kotor yang perlu dipolish semula. Kalau dah setahun guna dia jadi macam tu tak apalah tapi ini baru lagi dan harganyapun bukanlah murah. Sekarang jam 11:53hrs dan tension pula rasanya Adi tak datang-datang lagi dan kalau nak callpun buang duit telefon jer, mesti dia kata on the way. Macam inilah kalau buat kerja dengan Indonesian, selalu tak menepati masa. Oklah semua GTG............... pening kepala sket kerana ada-ada jer masalah tetapi Syah akan tetap sabar kerana Syah percaya berkat kesabaran kita, semuanya akan berjalan lancar, Insyallah.
No comments:
Post a Comment