Monday, March 12, 2012

Syed Razlan Dilantik Semula Sebagai Salah Seorang Exco Perlis

12.03.2012, Isnin - Hari ini adinda kepada DYMM Raja Negeri Perlis yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pauh, Dato' Seri DiRaja Syed Razlan Putra Jamalullail telah mengangkat sumpah menerima perlantikan semula sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau Eco Perlis. Seramai lapan anggota Exco Perlis yang penggal perkhidmatan mereka akan berakhir pada 18 Mac ini dilantik semula memegang jawatan masing-masing. Raja Negeri Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalullail telah berkenan menyampaikan watikah perlantikan kepada Exco Perlis di Istana Arau, Arau, Perlis. Kelihatan Dato' Seri DiRaja Syed Razlan Putra Jamalullail sedang membaca ikrar sumpah menerima perlantikan semula beliau sebagai Exco Perlis dihadapan kekanda beliau, DYMM Raja Negeri Perlis.

Tahniah Syah ucapkan kepada Dato' Seri DiRaja Syed Razlan Putra Jamalullail diatas perlantikan semula sebagai Exco Perlis.

Sumber : Bernama

No comments: