Monday, March 12, 2012

Perjalanan Ketempat Kerja

12.10.2012, Isnin - Subuh tadi Syah terbangun jam 05:30hrs dan terus teringat tak niat puasa lagi lalu Syah bersahur dengan sedikit roti buat syarat kerana memang tak larat nak makan pagi-pagi nie. Lepas tu mandi, gosok baju, solat dan tunggu bas depan rumah. Pagi nie bas sampai awal sedikit ke Pekan Rawang kerana budak cuti sekolah , jalan tak jem dan bas tak ramai penumpang so perjalanan lancar pagi nie. Ingatkan hendak naik bas tetapi disebabkan kerja banyak Syah naik komuter sahaja. Nampak tak budak lelaki baju hitam yang berdiri dibelakang gambar Syah nie. Budak nie budak Cina dan sebenarnya dia duduk dengan makwe dia tetapi apabila ada seorang Makcik Melayu yang sudah tua masuk dia bangun dan bagi Makcik tu duduk. Contoh semangat 1 Malaysia yang harus kita contohi kerana kadang kala Syah perasan juga kalau India yang bagi duduk yang duduk tu mesti India juga begitu juga sebaliknya.

Sampai KTM Rawang, komuter enam gerabak dah ada dan cepat-cepat Syah berlari sampai sakit dada Syah rasa semput. Sampai depan pintu sahaja ................ orang keluar dan Syah tanya kenapa, mereka kata train nie dibatalkan dan terpaksa ke platform sebelah naik komuter tiga gerabak. Mula-mula tak nak naik lepas tu Syah naik juga tangga untuk ke sebelah sebab Syah mengejar masa dan macam biasa orang ramai dan berdiri. Mula-mula lengang dan bila sampai stesyen seterusnya hemmmmm ............. macam ikan sardinlah jawapnya macam gambar di atas itew. Adalah kedengaran maki hamun dan suara marah sesetengah penumpang apabila ditolak oleh penumpang yang hendak masuk juga walaupun tak ada ruang lagi. Sama jer perangai manusia nie tak kira orang Malaysia ker atau kaum pendatang.


Kesian bapa budak kecil nie terpaksa mendunkung anaknya sepanjang perjalanan kerana komuter penuh. Orang lain nak bagi dudukpun tak boleh sebab dia berada ditengah-tengan dan seat kebelakang sedikit.Inilah salah satu perkara yang perlu dihadapi jika naik public transport waktu peak hours. Syah sampai awal kat dioffice dan terus buat kerja dan print dokumen yang Syah siapkan kat rumah semalam. Jam 12:00hrs tadi berlari sekejap ke TM Annexe 2 untuk submit Petty Cash recoupment. Memang busy hari ini dan jam 13:30hrs tadi baru Syah dapat rehat. Oklah semua Syah hendak sambung kerja ..............hingga berjumpa lagi dilain entry.

No comments: