Tuesday, March 6, 2012

Jalani Ujian Darah

06.03.2012, Selasa - Apa khabar anda semua dan maaf kerana semalam Syah busy sedikit dan sampai rumah sudah malam dan hanya sempat update satu entry sahaja mengenai buku sempena sambutan Jubli Intan Baginda Queen Elizabrth II. Gambar nie diambil pagi tadi. Nie nak kongsi cerita sedikit dengan anda semua. Hari Khamis hari tukan Syah sakit perut dan doktor di Kelinik Zariff inform blood pressure Syah naik. Kesokan harinya Syah ke Menara Medical Center, kelinik panel we all di TM Annexe 2.

Macam biasa seorang Dr Perempuan (nama dirahsiakan) yang attend Syah kerana Dr Rasol sudah tak selalu ada kat kelinik nie. Beberapa bulan lepas Syah ada jumpa Dr nie inform sakit hendak buang air kecil seperti biasa tu dan dia pun periksa bahagian "tut" Syah dan tanya, pernah main perempuan, Syah kata tak ........ sembang lagi dia tanya........ Ada Girlfriend ......... Syah jawap Tak ........... dia tanya lagi Ada Boyfriend ......... Syah jawap Tak. Hari Jumaat lepas bila Syah complain selalu rasa nak demam dan tak sihat lalu dia kata buat pemeriksaan darahlah ........... Syah kata ok .......... kemudian dia kata Nak buat test HIV dan Penyakit Kelamin Tak, kerana tambah RM20.00 sahaja katanya kerana yang lain tu company tanggung. Tanpa fikir panjang Syah kata ok. Bila kat kaunter rupanya kena caj RM35.00 dan ada borang yang perlu diisi. Susah juga yer nak test HIV nie tetapi kalau nak kahwin test nie free jew my Boss inform.

Nurse kat kaunter tu inform test HIV kena RM35.00 dengan suara yang agak kuat dan malau pula rasanya didengar oleh orang, takut orang salah anggap kat kita. Bila Syah hulurkan bayaran dan dia pulangkan bakinya dengan meletakkan atas kaunter tanpa menghulurkan kat Syah. Dia takut kot ......... Heheheh.......... Masa weekend tu rasa tak selesa sebab teringatkan mengenai test nie. Takut juga kerana Syah selalu juga kekelinik dan disuntik serta Syah selalu bercukur kat luar. Anything boleh jadikan? Pagi Isnin tu Syah datang kerja macam biasa dan tak ada pula kelinik call dan Syah call kelinik dan katanya result darah baru sampai dan minta datang selepas lunch.

Lepas Zohor Syah ke TM Annexe 2 untuk jumpa Dr. Jam 14:00hrs. Nampak Dr Rasol sudah hendak keluar dan doktor perempuan tu baru masuk kerja kerana Dr Rasol hendak kekeliniknya yang lagi satu. Lama gak tunggu baru dipanggil masuk dan Syah orang pertama. Bila Dr buka result tu Syah nampak B+ ooooooo jenis darah Syah. Lepas tu Dr tanya mengapa yek? tahap cholesterol awak yoyo. Dipendikan cerita katanya Syah kena makan ubat kerana terdapat perbezaan ketara bacaannya bila Syah makan ubat dan tidak ambil ubat. Katanya lagi Syah adalah golongan orang yang hatinya mengeluarkan cholesterol yang banyak walaupun Syah jaga makanan berdasarkan rekod Syah yang dia tengok lah, cuma ubat sahaja yang mampu mengawalnya.

Syah inform dia, Dr di Kelinik Zariff kata ubat cholesterol ada kesan sampingan dan katanya ada kemungkinan akan mengidap kencing manis tetapi taklah semua. Dia kata lagi mana nak, Kencing Manis ker atau Jantung Awak Tersumbat. So kenalah makan ubat tu. Lepas tu dia inform mengenai HIV Test pula. Katanya HIV ...... Tiada, Penyakit Kelamin ..... Tiada , Kanser ..... Tiada, Gula Dalam Darah Ok CUMA Hepatitis B Antibody Syah tak ada. Dia bagi contoh lagi ......... Jika awak buat hubungan kelamin dengan pasangan yang ada virus, virus tu akan terus berjangkit kat awak kerana tak ada pertahanan, katanya ......... Dr nie asik beri sample "tut" jew, kerana agaknya lah ............ sample nie jew mudah difahami semua orang.

So Syah kena masukkan Vaccination Hepatitis B, semalam 1st injection, bulan depan 2nd injection dan last sekali nanti bulan lapan. Dr kata kena inject benda nie 3 kali seumur hidup. Last sekali Dr tanya Syah Mengapa Awak Nak Buat HIV Test. Syah jawab Dah Dr selalu query ada sakit kelamin lah, main perempuan lah dan Jumaat lepas tanya pasal HIV, jadi untuk puaskan hati semua orang saya buat test tu. Dia jawap, biasanya pesakit kalau sekali dua jumpa selalunya tak akan mengaku dan bercerita betul jadi Dr perlu buat kajian untuk pesakitnya. Syah inform dia yang Syah tak marahpun walhal nak ucapkan terima kasih kerana setakat ini Syah sihat daripada penyakit berbahaya. Lepas inject Syah Dr kata Syah kena buat senaman dan katanya pergilah Gym atau berenang bagi badan lagi tough sambil tepuk bahu Syah. Sebelum Syah keluar, katanya banyakkan makan buah kasi kulit lagi cantik bila Syah tanya lately nie muka Syah macam ada jerawat sedikit.

Actually Syah memang selesa dengan Dr nie kerana dia macam Dr Rasol gak, Friendly dan Open Minded. Dr nie panggil Syah adik dan rasanya umur dia tua sedikit dari Syah sahaja. Since Jumaat lepas Syah dah mula berdiet dan jaga pemakanan Syah. Oklah semua .............. Enjoy your lunch yek .............................. sehingga berjumpa dilain Entry.

2 comments:

missyMM said...

Hmm quite interesting...i baru plan nk wat blood test gak sbb ada alergik yg x smbuh2 sampai skrg...kot2 ada mslh hati...takot jugak ni...ermmmm

Anonymous said...

Syah ada kena puasa tak sebelum buat blood test tu?