Sunday, March 18, 2012

Empress Michiko Memakai Kimono bagi Memudahkan Pergerakan Memegang Suaminya Jika Emperor Hirahito Terjatuh

18.03.2012, Ahad - Sabtu lepas Empress Michiko kelihatan memakai kimono semasa sambutan ulang tahun pertama memperingati kejadian gempa bumi yang melanda Timur Jepun yang diadakan di National Theater, Tokyo. The Japan Times online dalam laporannya pada Jumaat memaklumkan daripada sumber istana Diraja Jepun, Empress Michiko memilih memakai kimono untuk memudahkan pergerakan baginda untuk memegang suaminya jika Emperor Akihito yang tidak sihat itu terjatuh. Emperor Akhito yang berusia 78 tahun, baru sahaja seminggu keluar dari hospital selepas menjalani pembedahan jantung - bypass pada 18 Februari lepas. Disebabkan tahap kesihatan Emperor Hirahito masih lagi belum pulih sepenuhnya, adalah dikuathiri Baginda akan mudah terjatuh. Sehubungan dengan itu, Empress Michiko yang berusia 77 tahun itu merupakan individu yang paling hampir dengan Emperor Hirahito untuk membantu baginda jika terjatuh. Emperor Hirahito telah dapat menyampaikan ucapannya dalam majlis ini tanpa sebarang masalah.

Sumber :- The Japan Times Online/Royaltynu

2 comments:

Anonymous said...

tak kan takde pengiring nak tolong pegang?mustahil la, upah je la bodyguard untuk pegang, ni semua ridiculous...

Anonymous said...

ngok tol si pengomen pertama....dye ad bini bair ar owg yg dekat tlh dye..ko bodo sombongh nper...sibuk..dye xkcaw ko pon