Wednesday, November 9, 2011

Almarhumah Tok Puan Besar Hajjah Aminah


09.11.2011, Rabu - Ini adalah Makam Tok Puan Besar Hajjah Aminah binti Sheikh Mohd Taib. Almarhumah merupakan isteri kepada Raja Muda Perak Almarhum Raja Muda Musa ibni Almarhum Sultan Ja'afar Mua'azam Shah. Almarhumah juga merupakan bonda kepada Sultan Perak Ke - 31 yang memerintah pada 1938 hingga 1948 iaitu Paduka Seri Sultan Abdul Aziz Almustasin Billah Shah atau lebih dikenali dengan panggilan Marhum Ni'matullah selepas kemangkata baginda. Makam Almarhumah terletak di Durian Sebatang berdekatan Teluk Intan dalam kawasan Kampung Terengganu. Dikawasan Durian Sebatang ini jugalah terletaknya makam Sultan Perak Ke-22 Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah 1 atau Marhum Iti Kadullah / Marhum Durian Sebatang yang memerintah pada 1851 - 1857.

Almarhumah Tok Puan Besar mangkat pada 07.05.1939, lebih kurang setahun selepas puteranya diangkat sebagai Sultan Perak. Ayahanda Almarhumah adalah Sheikh Mohd Taib atau lebih dikenali sebagai Sheikh Mohd Taib Minangkabau manakala bondanya bernama Hajah Aishah Che Embeh. Almarhumah merupakan satu-satunya isteri Almarhum Raja Muda Musa dan hasil daripada perkongsian hidup ini Almarhumah dikurniakan dua orang putera iaitu Paduka Seri Sultan Abdul Aziz Almustasin Billah Shah dan Raja Jaafar Billah. Almarhumah juga merupakan moyang kepada Duli Yang Amat Mulia Raja Dihilir Perak sekarang iaitu Raja Jaafar bin Raja Muda Musa.

Al-Fatihah kepada Almarhumah Tok Puan Besar Hajjah Aminah binti Sheikh Mohd Taib Semuga Rohnya Ditempatkan Bersama-sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh. AMIN

Nota : Gambar diambil daripada Raja Nur Jannah dan Raja Mariam

2 comments:

Anonymous said...

salam tuan,
ada maklumatkah tentang berapa orang isteri Syeikh Muhd Taib Minangkabau dan berapa orang anak-anaknya?
T.kasih.

Anonymous said...

Ya salam tuan..boleh tuan ceritakan serba sedikit ttg Syeikh Muhammad Taib ini & apa peranannya di Perak..Adakah dia org yg sama spt terdapat sebuah masjid di kawasan Talang Hilir dan ada sebuah jalan bernama Jalan Hj Muhammad Taib..t/kasih.