Monday, October 31, 2011

Perdana Menteri Malaysia dan Isteri Tunaikan Haji

31.10.2011, Isnin - Shukur Alhamdulillah, Datuk Seri Najib Tun Haji Abdul Razak dan Isteri Datin Seri Rosmah Mansor telah bertolak hari ini ke Mekah untuk menunaikan Ibadat Haji. Turut mengucapkan selamat jalan kepada beliau dan isteri di Komplek Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur adalah Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yasin dan isteri Puan Seri Norainee Abdul Rahman, Menteri-menteri kabinet dan tetamu lainnya. Datuk Seri Najib dan isteri dijadualkan kembali semula ke tanahair pada 09.11.2011.

Syah Ucapkan Semuga Datuk Seri Najib Tun Haji Abdul Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor memperolehi Haji Yang Mabrur dan dipermudahkan segala urusan mereka di Tanah Suci dan selamat pergi dan kembali semula ke Malaysia. AMIN.

Nota : Info dari Bernama

Buat MRI Petang Tadi

31.10.2011, Isnin - Appointment untuk buat MRI sepatutnya jam 15:30hrs tetapi jam 16:00hrs baru dipanggil dan Syah tanya mengapa lambat dan nurse kata pesakit ramai dan mereka dahulukan pesakit luar. Betullah tue, kita yang duduk kat wad nie tak perlu nak kejar masa macam mereka lambat sedikitpun tak mengapa kerana ianya dibuat pada hari yang sama.


Lama gak buat "Benda Allah" nie............ hehehe tak timing pun tetapi adalah 20 minit keatas kot. Masuk dalam satu selindar besar dan ada masanya kedengaran bunyi yang mengerunkan ............ pejam jer lah mata dan dalam hati kata bila agaknya nak sudah nie. Nurse pula inform jangan bergerak walaupun sedikit dan kenalah kakukan diri dan masa tulah muka nie rasa gatal macam ada benda merayap ........... Funny kan?


Itulah pengalaman pertama kali buat MRI, dulu masa Ayahanda Syah kemalangan diapun buat MRI kat PUSRAWI Jalan Tun Razak. Masa nak buat MRI kena tanggal semua barangan metal yang ada seperti jam, cincin dan macam-macam dia tanya samada kita pernah operation, operation mata, ada tampal gigi yang gunakan besilah dan macam-macam lagi. Ikut jer lah dah itu prosidur mereka. 10 minit sebelum giliran Syah, Syah naik ke wad semula untuk ambil laptop dan simpan dalam locker kat tempat MRI tu, bukan apa takut hilang.


Balik dari MRI Syah ke kantin beli Pau Rendang dan Nasi Goreng USA. Sedap gak kantin tu masak. dari kantin terus naik ke wad semula. Masa nak solat Asar Syah tanggalkan underwear dan masa tengah lipat tu ada seorang misi nie bukak tabir katil Syah dan nampak Syah tengah lipat seluar dalam dan terus dia kata sorry-sorry...... hehehhe. Petang nie tekanan darah Syah 158/94, Aittttttt naikplak sedikit.


Masa buat fisio tadi my brother Muss call inform tak dapat datang kerana hujan lebat dan Syah kata tak mengapa coz bukan sakit teruk sangatpun. Kak Long Janetpun tanya khabar melalui Facebook dan Kak Lang Ella pula banyak kali call tanya perkembangan Syah. Ayahanda call pagi tadi dan Syah kata di office tetapi ada pula nurse bertanya sesuat kat Syah dan terpaksalah inform Ayahanda Syah masuk hospital. Bukan apa tak mau dia risau, tu yang tak nak bagi tau tue. Sekarang jam 18:52hrs dan sebentar tadi nurse hantar makanan. Macam biasalah nasi putih, sayur kobis, sup dan kari ayam. Syah tak makan pun sebab dah beli nasi goreng USA tadi.


By the way masa Syah buat MRI tadi, nurse inform doktor ada datang dan doktor inform akan jumpa Syah esok pagi. Lagipun kalau dia jumpa Syah sekarang pun result MRI tu tak keluar lagi. Apa-apapun nantilah esok untuk mengetahui perkembangan lanjut berhubung lutut Syah nie. Ok Lah yer, Sehingga berjumpa lagi dilain Entry ........................

Putera Andrew Cofee-Cofee Dengan Datuk Seri Najib

31.10.2011, Isnin - Hari ini Perdana Menteri yang amat kita kasihi YAB Datuk Seri Najib Tun Haji Abdul Razak telah meluangkan masa selama satu jam untuk bersarapan pagi dan berbincang dengan Duke of York, Putera Andrew. Perjumpaan diadakan di Sri Perdana, Putrajaya. Putera Andrew diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Siamon Featherstone. Ini merupakan kunjungan kali kedua beliau selepas kunjungan pada 2001.

Putera Baginda Ratu Elizabeth itu sebenarnya dalam rangka lawatan selama tiga hari ke Malaysia bermula semalam selaku wakil khas Britain bagi Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan. Beliau dijadualkan menemui beberapa pegawai kanan negara kita diantaranya Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar serta komuniti perniagaan disamping merasmikan Newscastel Universitu di Iskandar Malaysia, Johor.

Warded @ Ampang Puteri

31.10.2011, Isnin - Pagi tadi Syah bertolak ke Ampang Puteri macam biasa seperti nak pergi kerja tu. Syah naik ETS ke KL Sentral dan LRT ke Ampang Park dan kemudiannya ambil Bas ke Ampang Puteri. Bolehlah nak buat macam mana dah stay alone kan? so kenalah buat semuanya sendiri. Besar juga beg Syah bawa untuk baju yang Syah estimate 4 hari jer beserta laptop. Tapi mungkin kalau tak ada apa-apa yang serious esok Syah keluar kot?

Shukur alhamdulillah internet boleh pakai dan masa Syah tanya tadi katanya connection ada masanya susah nak dapat dan mereka cadangkan guna boradband sahaja. Untung tak lama menunggu untuk masuk wad dan Syah orang pertama jumpa Doktor tadi. Everything berjalan lancar. Jap tadi misi ambil tekanan darah dan tanya beberapa soalan berubung kesihatan Syah. Misi tanya berapa berat dan Syah nampak ada penimbang terus Syah minta dia timbang dan ukur ketinggian Syah sekali. Tinggi 169 dan berat 69kg manakala tekanan darah Syah 143-88.

Tak lama lepas tu datang plak misi perempuan dan yang awal tadi tu lelaki, lupa nak cakap...hehheheeh. Misi nie pula nak ambil darah dan sample air kencing. Lepas selesai semua Syah turun kebawah beli sedikit makanan, Syah beli tempe goreng berlada, mineral water dan chachos. Jam 15:00hrs nanti Syah kena buat MRI. Ok lah sehingga berjumpa lagi dilain entry. Doakan Syah sihat yer semua.

Mungkin Masuk Ampang Puteri Medical Center

21.10.2011, Isnin - Salam semua................. Pagi nanti Insyallah Syah akan ke Ampang Puteri Medial Center untuk dapatkan rawatan pakar berhubung masalah lutut Syah. Refferal letter dah ada dan mungkin akan warded nanti. Syah dah siapkan pakaian dan lain-lain keperluan. Syah akan bertolak macam biasa seperti waktu Syah ke tempat kerja. Laptop pun Syah bawa tetapi tak tahulah dapat tidaknya line kat sana coz masa jaga my sister hari tu, internet tak boleh pakai. By the way kalau blog nie lama tak berupdate maknanya Syah tak dapat internet access dan berada dalam wad. Kepada anda semua Doakan Syah cepat sembuh yer ................... Terima kasih.

Sunday, October 30, 2011

Gunting Rambut, Bayar Credit Card dan Makan

30.10.2011, Ahad - Selepas Zohor tadi Syah ke KL naik Komuter dan sempat beli kuih kat KTM Rawang. Tak tau nape train kerap berhenti dan lampu padam, biasalah komuter rosaklah tu dah lah Syah nie nak kejar masa. SampaiKL Sentral Syah bergesas keluarkan duit kat maybank dan cuba nak tukar duit kecil kat moneychanger IMB tak ada katanya. So teruskan perjalanan ke Ampang park untuk bayar credit card.

Selepas bayar dua credit card sempat call customer service dan tanya mengenai bayaran membership untuk kad platinum Syah dan katanya next bill akan keluar. Syah minta mereka wavekan dan katanya boleh dan lega rasanya coz kalau tak rabak gak nak bayar RM600.00 tue. Tetapi jika flow bayaran kita cantek mereka tak keberatan nak wavekan. Syah juga minta wavekan government tax tu sekali yang mereka caj RM50.00 dan katanya akan dikemukakan kepada pegawai mereka untuk kelulusan. Minta-minta luluslah coz RHB wavekan tax tu untuk credit card Syah. Tetapi Syah dah tak pakai lagi card tu dan masih aktif.

Dari Citibank jalan kaki ke KLCC dan on the way to jumpa orang Maymar dan pada mulanya ingatkan kawan Syah Sapri, coz muka dia mirip sangat dan tanya Syah "Where is Nepal Embassy" dan syah minta di ke Citibank tanya kat guard coz guard itibank tu semuanya warga Nepal. Sampai KLCC terus ke Aras 4, food cour dia untuk makan My Favourate Meehon Sup. Lepasa makan terus ke Masjid Jamek naik LRT dan singgah kedai gunting berhampiran Bangkok bank tu. Biasanya RM28.00 gunting dan cuci tetapi Syah minta diskaun oz 2nd time datang dan mereka beri RM25.00.

Masa Gunting rambut hujan lebat gila dan bila Syah selesai urusan kat saloon tu hujan gerimis dan Syah redah jer coz jam dah menunjukkan angka 18:00hrs kena cepat naik bas takut terlepas pula bas ke Rawang Residence jam 20:30hrs. Bas sampai Rawang 5 minit sebelum jam 19:30hrs dan terus Syah jalan cepat sket tetapi berhati-hati takut terjatuh sebab jalan licin dan biasalah masalah lutut Syah tu nanti terkoyak plak tisunya dan kalau tu terjadi kena operationlah macam Kak Lang Ella Syah masa puasa hari tu.. Shukur Alhamdulillah bas ada lagi dan Syah tak perlu tunggu bas akhir walaupun terpaksa berdiri.

Sekarang jam 21:53hrs dan Syah nak mandi. Sampai rumah tadi makan supplement lutut dan kemudian makan beberapa biji anggur sebelum ambil ubat tahan sakit untuk lutut Syah dan juga fish oil dan vitamin E. Jap lagi nak panaskan air untuk minum kordial akar kayu tu. Ok sehingga berjumpa lagi dilain Entry........... Byeee.............

Putera Mahkota Nayef Mengangkat Sumpah Sebagai Putera Mahkota Arab Saudi Yang Baru

30.10.2011, Ahad - Semalam Putera Mahkota Nayef bin Abdulaziz Al-Saud telah mengangkat sumpah sebagai Putera Mahkota Arab Saudi yang baru. Akhbar-akhbar tempatan menyifatkan baginda sebagai pilihan yang tepat bagi jawatan berkenaan dan baginda juga mendapat pujian daripada Wanshington atas kesungguhan baginda menangani isu berhubung pengganas. Putera Mahkota Nayef yang berusia 77 tahun sebelum ini merupakan Menteri Dalam Negeri Arab Saudi semenjak 1975.

Dalam kenyataan rasminya selepas mengangkat sumpah, Putera Mahkota Nayef menyembahkan ucapan terima kasih atas kepercayaan yang telah diberikan oleh Raja Abdullah kepada baginda dan menghargai tanggungjawab baru baginda ni. Baginda juga memuji kepimpinan Raja Abdullah kerana dapat menangani isu yang melanda negara-negara teluk sekarang ini. Walaupun sudah berusia 77 tahun tetapi baginda nampak lebih muda dari usianya. Mempunyai dua orang isteri buat masa ini manakala isteri pertama telah lama diceraikan dan baginda dikurniakan dengan empat orang cahayamata.

Raja Abdullah masih lagi belum membuat keputusan untuk melantik Menteri Pertahanan yang baru. Almarhum Putera Mahkota Sultan yang juga sebelum ini merupakan Menteri Pertahanan Arab Saudi dan telah memegang portfolio berkenaan selama 50 tahun meninggalkan satu lagi kekosongan jawatan penting dalam pentadbiran Arab Saudi. Pada hari Sabtu lepas juga satu petisyen telah ditandatangani oleh 99 orang activist (pejuang) mengesa supaya Putera Mahkota Nayef membebaskan beribu-ribu tahanan politik dan menarik balik dengan kadar segera sekatan perjalanan yang dikenakan terhadap beberapa activist. Tambah mereka lagi sebagai langkah pertama dalam jawatan baru baginda adalah untuk mengakhiri penderitaan keluarga-keluarga tahanan berkenaan dan menyatukan mereka semula sebagai satu keluarga.

Negeri Sembilan Tewaskan Terengganu

30.10.2011, Ahad - Adat pertandingan ada kalah dan ada yang menang. Begitulah juga dengan perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 malam tadi. Negeri Sembilan menewaskan Terengganu bagi menjadi juara menebus kekecewaan mereka pada tahun lepas yang kecundang ditangan Kelantan. Ingatkan kalau Terangganu menang ianya akan jadi buah tangan terakhir buat Tuanku Mizan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-13 tetapi macam cakap tadi adat pertandingan.

Jelas kelihatan kekecewaan pemain dan penyokong Terengganu apabila pengadil menamatkan permainan dengan gol 2-1. Ialah mana taknya datang dari jauh dan pada awal permainan, pemain mereka Ashaari Shamsudin menjaringkan gol yang ditungu-tungu hampir satu jam permainan berlangsung. Kemudiannya ada pula bola yang masuk pintu gol Terengganu yang disifatkan sepatutnya tak berlaku. Jaringan pertama Negri Sembilan di berikan oleh S. Gunalan dan kemudiannya beberapa minit sebelum permainan tamat Khairuddin memberi jaringan kemenangan kepada Negeri Sembilan.

Apa-apapun Syabas kepada kedua-dua pasukan yang bertanding malam tadi. Semuga arena bolesepak Malaysia akan terus bertahta hingga ke arena antarabangsa. Gambar nie Syah ambil semasa siaran langsung di saluran Astro 801 dan kelihatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin menyampaikan hadiah sambil diperhatikan oleh Tunku Besar Seri Menanti YAM Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz manakala dibelakang baginda kelihatan pasukan Negeri Sembilan bergembira dengan kemenangan mereka ini.

Pasu Hadiah Kesayangan Pecah

30.10.2011, Ahad - Salam semua dan apa khabar pagi nie dan Syah harap anda semua sihat. Alaaaaaa............ pasu hiasan kesayangan Syah pecah pagi nie. Ini salah Syah sendirlah? Malam tadi Syah bawa ampai kain masuk rumah dan pagi nie nak keluarkan semula. Syah dah hati-hati dengan angkat semua kain dan tarik ampai perlahan-lahan tetapi tersangkut kat pasu nie yang Syah letak dibawah meja konsol Syah. Dulu pernah jadi dan tudungnya pecah tetapi hari nie tangkai dan muncung dia pecah. Syah akan simpan pecahan nie dan akan sambungkan semula dengan gam getah yang biasa orang buat untuk hantaran tu. Insyallah ...... sebenarnya pasu nie hadiah birthday dari my buddy yang berbangsa cina, June pada awal tahun 1990an dan ianya ada nilai sentimental dalam diri Syah. Its My Fault sebab pasu tu pecah kerana Syah tak berhati-hati kerana perkara yang sama pernah terjadi dulu. Syah memang cuai.....


Pagi tadi lepas mandi Syah makan supplement lutut yang perlu diambil sebelummakan. Lepas tu Syah sapu sampah dalam dan luar rumah kerana banyak sampah merun jiran yang diterbangkan angin ke depan rumah Syah. Tension Syah tengok plastik sampah depan rumah Syah kerana lori sampah yang tak datang semalam. Dah selesai kerja Syah panaskan air untuk minum akar kayu yang Syah beli Jumaat lepas. Tak payah rebus kerana sudah diproses dalam bentuk kordial. Lepas minum rehat jap dan makan buah anggur dan lebihan air nenas hari tu untuk breakfast kerana malas nak beli kuih. Lepas makan Syah ambil ubat tahan sakit untuk lutut Syah. Mungkin lepas Zohor nanti hendak ke KL kot untuk gunting rambut dan bayar credit card. Tapi gunting rambut tu tak pasti lagilah.............

Saturday, October 29, 2011

Aktiviti Petang Sabtu

29.10.2011, Sabtu - Selepas Zohor Syah ke Pekan Rawang untuk Lunch/Dinner kat Pekan Rawang. Sampai pekan Syah ke Maybank cucuk duit dan ingat nak gunting rambut, so roda pekan rawang cari kedai gunting tetapi rasa malas lak. Ikut plan dalam fikiran nak makan Nasi Arab tetapi bila meronda tue Syah tukar fikiran makan kat kedai tomyam di D'Anjung Tomyam. Syah makan Nasi Goreng Kampung, Tomyam Ayam dan Barli Ice.

Lepas makan ke Giant beli keperluan dapur sket dan Syah beli Laptop stand senang sambil mentenet tengok TV dan baring. Harganya RM39.50 dan agak besar juga kotanya dan Syah bawa naik bas jer. Syah naik bas 16:30hrs dan untung masa Syah naik tu penumpang tak ramai. Senag sket bawa barang tue. Masa balik tadi nampak sampah masih ada, agaknya orang angkut sampah tu cuti ker? Entahlah............. nanti esok nak bawa plastic sampah tu dalam car porch sebab nanti takut di gongong anjing. Ok lah sekarang hampir jam duabelas dan Syah nak tidur. Ok semua hingga berjumpa lagi dilain Entry.

Tuanku Mizan dan Tunku Ali Mencemar Duli Menyaksikan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011

29.01.2011,Sabtu - Sekarang ini Perlawanan Akhir Piala Malaysia diantara Terengganu melawan Negeri Sembilan baru sahaja bermula dan Syah menyaksikannya secara langsung di Astro 801. Diantara tetamu VVIP malam ini adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah yang juga merupakan Sultan Terengganu dan Putera Sulung Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Besar Seri Menanti YAM Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz. Gambar ini Syah ambil semasa lagu Negaraku berkumandangan di Udara. Kiri sekali adalah Tunku Ali dan disebelahnya adalah Tuanku Mizan. Kehadiran Tuanku Mizan dan Tunku Ali memberikan semangat kepada kedua-dua pasukan untuk membawa pulang piala yang berprestej ini ke negeri masing-masing.

Piala Malaysia - Pasukan Terengganu, Berikan Sesuatu Untuk Tuanku Mizan

29.10.2011, Sabtu - Malam ini Stadium Shah Alam akan digegarkan dengan perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 Terengganu lawan Negeri Sembilan. Cuaca dilaporkan akan hujan tetapi apa-apapun ini bukan penghalang bagi kedua-dua pasukan untuk berentap memiliki Piala Malaysia. Hari nie cuaca di Rawang panas sampai kepetang, tak hujan pun. Sekarang jam 08:22hrs dan Astro 801 seara langsung bersiaran di Stadium Shah Alam dan nampaknya Stadium Penuh walaupun ada isu mengenai kenaikan harga tiket baru-baru ini. Jika Terengganu menang malam ini, Ianya merupakan buah tangan istemewa untuk Sultan mereka yang akan menamatkan tempoh perkhidmatan baginda sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-13 Disember ini.

Pasukan Negeri sembilan bukanlah satu pasukan yang boleh dipandang ringan kerana pengalamannya beraksi tiga kali berturut-turut dalam perlawanan akhir Piala Malaysia sudah cukup berpengalaman memberi tentangan sengit kepada Terengganu. Pasukan ini juga dilihat sebagai satu pasukan yang akan berusaha keras untuk menebus kekalahan mereka dengan Kelantan pada musin yang lalu. Dato' Haji Che Mat Jusuh, Pengurus pasukan Terengganu semasa ditemubual Astro 801 sebentar tadi begitu yakin Piala Malaysia akan jadi milik Terengganu. Jam 20:33hrs tadi Tuanku Mizan memasuki Stadium Shah Alam untuk menyaksikan perlawanan ini dan sedikit sebanyak akan memberi suntikan hikmat kepada Pasukan Terengganu malam ini. So ......................apa lagi Pasukan Nganu Kita, berikan sesuatu untuk Tuanku Mizan dan bumi Terengganu.


Sultan Kedah Anugerahkan Doktor Kehormat Kewangan Islam Kepada Presiden IBD

29.10.2011, Sabtu - Hari ini Sultan Negeri Kedah Darul Aman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah telah berkenan menghadiri Konvokesyen Khas Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Langkawi. Dalam majlis ini Tuanku telah menyampaikan anugerah Doktor Kehormat Kewangan Islam kepada Presiden Islamic Development Bank (IBD) Tan Sri Dr Ahmad Mohamed Ali Al Madani.

Konvokesyen khas ini diadakan sempena Langkawi Islamic Finance and Economic International Conference 2011 yang diadakan bermula hari ini hingga Isnin. Tuanku Sultan Kedah yang juga merupakan Canselor KUIN telah merasmikan Konvensyen ini.

Nota : Info dari Bernama/Kosmo

Pagi Sabtu

29.10.2011, Sabtu - Macam biasa aktiviti Sabtu Syah basuh baju, sidai, bersihkan Ael dan car porch serta letakkan sampah depan rumah kerana lori sampah datang hari nie. Pagi tadi lepas makan ubat Syah buat Sandwich Tuna dan lepas selesai kerja-kerja rumah Syah beli kuih RM2.00 for 5 ketul - Cucur Badak dan Kasui. Rasanya lunch nanti nak ke Pekan Rawang lah? Tengoklah maam mana nanti. Dah 2 hari Syah amalkan tak makan malam selepas jam 19:00hrs, rasa lapar juga tetapi kena lawan dan ok plak, rasanya nak dijadikan amalan lah? Coz sekarang nie asik makan jer siang malam... Heheheheh..............

Muskat

29.10.2011, Sabtu - Muskat ? Tentu anda tertanya-tanaya apa Muskat tu. Pernah tengok tak gambar rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia dan baginda memakai pakaian nie dan sekarang nie ada juga wedding planner yang menggunakan Muskat sebagai pelengkap busana pengantin. Berbalik semula kepada Muskat nie tadi, Ianya merupakan Pakaian Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Pegawai-pegawai Istana Negara. Cuma Muskat yang digunakan oleh Tuanku bentuknya agak berbeza sedikit.

Baju ini dihasilkan daripada benang bulu bewarna hitam dan dihiasi dengan sulaman benang emas berbentuk awan larat dan bunga raya yang merupakan bunga kebangsaan Malaysia. Kebiasaannya Muskat dipakai bersekali dengan seluar panjang yang bersulam dibahagian kakinya dan tengkolok (tanjak). Baju ini labuh hingga ke paras peha dan berlengan panjang.

Dari mana asalnya perkataan Muskat tu ? Nama itu diambil sempena tempat asal pakaian ini iaitu Negara Muskat yang merupakan sebuah negara islam berhampiran Iran. YBM Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang ketika itu sebagai Perdana Menteri pertama adalah merupakan individu yang mencadangkan agar pakaian ini dijadikan pakaian rasmi Ketua Negara Malaysia. Pakaian ini telah diubah suai sedikit daripada pakaian rasmi Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Kedah dimana mereka telah lama menggunakan Muskat sebagai pakain rasmi.

Pakaian ini digunakan semasa Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, lawatan-lawatan rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke negeri-negeri seluruh Malaysia serta Perasmian Sesi Penggal Persidangan Parlimen. Pakaian ini digunakan buat pertama kalinya semasa Pertabalan Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail (Raja Perlis) sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-III (ketiga) pada tahun 1960. Bermula daripada itu kesemua Ketua Negara berkenaan menggunakan pakaian tersebut untuk upacara yang disebutkan diatas begitu juga dengan potrait rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menggunakan pakaian berkenaan hingga sekarang kecuali Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-VIII (Lapan) Almarhum Sultan Iskandar (Sultan Johor).

Friday, October 28, 2011

Putera Nayef Dilantik Sebagai Putera Mahkota Arab Saudi Yang Baru

28.10.2011, Jumaat - Istana Diraja Arab Saudi didalam kenyataan rasminya hari ini memaklumkan bahawa Raja Abdullah bin Abdulaziz Al-Saud telah melantik adindanya Putera Nayef sebagai Putera Mahkota Arab Saudi yang baru berikutan kemangkatan Putera Mahkota Sultan. Pengumaman dibuat secara langsung menerusi television keseluruh Arab Saudi. Keputusan perlantikan ini telah dibuat bersama diantara Raja Abdullah dan Majlis Kesetiaan yang ditubuhkan pada 2006 untuk mengundi meluluskan pilihan raja bagi pewaris tahta. Ini adalah buat julung kalinya Majlis Kesetiaan terlibat dalam pemilihan Putera Mahkota dan para penganalisa melihatnya sebagai satu perubahan positif terhadap pemilihan pewaris tahta dimasa hadapan.

Tahniah diucapkan kepada Putera Mahkota Nayef bin Abdul Aziz Al-Saud diatas perlantikan sebagai Putera Mahkota Arab Saudi.

Pilihanraya 10 Disember 2011 Nie ?

28.10.2011, Jumaat - Hari nie dan semalam bas agak lewat sedikit ..... sedikit sahaja sebab pemandu tahu ramai yang masih bercuti Deepavali kot? kerana majoriti penghuni kat Rawang Residence Syah nie kaum India. Macam biasa Syah naik komuter dan MACAM BIASA juga komuter jam 07:00hrs yang sepatutnya ke Bangi di BATALkan dan terpaksa tunggu komuter jam 07:15hrs dari next Station yang sudah semestinya full house. Nasib Syah baik pagi nie sebab dapat tempat duduk. Jiran sebelah Syah dalam komuter nie Uncle Indian sedang baca akhbar tamil dan Syah nampak gambar pasangan Indian yang terkorban dalam kemalangan pagi Deepavali hari tu dan sembang dengan uncle tu pasal kemalanga tersebut. Syah juga mention pasal sambutan Deepavali kat Batu Cave hari tu.

Syah juga inform dia, kat Rawang pula sambutan akan diadakan pada hari Sabtu ne sebab ada kain rentang dipintu masuk ke Rawang Residence Syah ........... dan terus dia kata biasalah sudah mahu pilihanraya. Kata uncle tu dia orang mahu kerusi sahaja dan kita gaji dan kerja macam biasa juga. Syah senyum jer dan kemudian dia menunjukkan sesuatu kat Syah pada akhbar berkenaan. Nie ... katanya pilihanraya akan diadakan pada 10 Disember 2011 katanya pada Syah menunjukkan pada satu tulisan disebelah kiri atas akhbar berkenaan. Syah nampak no 10 jer yang lain tu tulisan tamil. Syah tanya surat khabar apa nie dan tak silap Syah katanya Nanban lebih kurang macam tulah bunyi nya. Ye ker Pilihanraya 10 Disember nie atau mungkin itu ramalan dari mereka kot? Tetapi kalau tak ada angin bertiup makakan pokok bergoyang kan?

Be prepared jer lah yer semua untuk mengundi dan pada yang dah cukup umur untuk mengundi tu jalankan lah tanggungjawab anda untuk mendaftar sebagai pengundi dan buat pilihan yang tepat untuk negara Malaysia yang kita cintai ini.

Thursday, October 27, 2011

Buka Puasa Beli Di Pasar Malam

27.10.2011, Khamis - Nielah juadah buka puasa Syah malam nie yang di Tapaw kat Pasar Malam. Syah tiba di Pasar Malam @ Rawang Residence Syah hampir Maghrib dan sedang elok untuk beli juadah berbuka puasa. Today puasa sunat Khamis. Malangnya tak banyak orang berniaga kerana hari hujan dan jualannya terhad.

Syah beli Satay, Nasi Impit, Laksa dan Keropok. Manakala Buah Lai tu Syah beli lama dah dan minuman pula Air Nenas yang Syah buat petang semalam. Kenyang betul ................. Asik makan jer patutlah nak tembam balik nie. tak boleh jadi nie?

The Grand Palace Mulai Dinaiki Air

27.10.2011, Khamis - Banjir yang melanda Thailand semakin buruk terutamanya di Ibu Negara Gajah Putih berkenaan. Keadaan ini menyebab industri pelancungan yang begitu rancak sebelum ini jatuh merundum. Ini adalah gambaran disekitar Istana Rasmi HM King Bhumibol Adulyadej iaitu The Grand Palace, Bangkok semalam yang dilaporkan dikelilingi oleh air banjir. Gambar ini Syah ambil daripada Getty Images. Sebentar tadi Buletin Utama di TV3 melaporkan The Grand Palace sudah mula dinaiki air. Harap-harap musibah yang menimpa Bangkok ini tidak merosakkan struktur The Grand Palace yang mula dibina pada 1782 dan telah dilakukan beberapa perubahan dan pembesaran sehingga kini. .

Pengumuman Hari Raya Qurban Oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu

Gambar Syah ambil semasa pengumuman tarikh Hari Raya Qurban di saluran Astro 104 sebentar tadi.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu Y. Bhg Datuk Syed Danial bin Syed Ahmad telah mengumumkan tarikh sambutan Hari Raya Qurban bagi negara kita seperti berikut-

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa
1 Zulhijah 1432 Hijrah ialah pada 28 Oktober 2011 Masehi. Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Ahad, 6 November 2011 Masehi.”

Sultan Pahang Rasmikan Kem Force 136 Rejimen Askar Wataniah

27.10.2011, Khamis - Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah berkenaan merasmikan Kem Force 136 Rejimen 505 Askar Wataniah di Pekan, Pahang. Turut mengiringi Tuanku adalah Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Al-Haj dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob. Selepas Tuanku merasmikan kem berkenaan kedengaran laungan "Daulat Tuanku" sebanyak tiga kali oleh anggota-anggota Askar Wataniah berkenaan.

Gambar menunjukkan Tuanku sempat beramah mesra dengan En Ahmad Ali yang merupakan bekas anggota tentera yang pernah berkhidmat di Congo sambil diperhatikan oleh Tengku Mahkota Pahang yang ketawa melihat gelagat Ayahandanya dan En Ahmad. Selepas perasmian Kem Force 136 Rejimen 505 Askar Wataniah, En Ahmad yang berusia 99 tahun telah menerima bantuan kewangan.

Nota : Informasi dari Bernama

Wednesday, October 26, 2011

Ku Shah Masuk Wad

26.10.2011, Rabu - Salah seorang daripada putera Almarhum Paduka Seri Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil-Allallahi Shah II atau Marhum Affifullah, Sultan Perak ke-33 telah dimasukan ke HKL kerana masalah tekanan darah tinggi. Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Ku Shah atau Syah panggil Pak Engku dilaporkan dalam keadaan stabil. Menurut adinda Pak Engku, Kuess melalui sms nya kepada Syah, Pak Engku dimasukkan ke HKL tiga hari lepas. Semasa dimasukan ke wad tekanan darah beliau agak tinggi 226/131 dan hari ini dalam facebboknya, Pak Engku memaklumkan tekanan darahnya sudah mula menurun 155/95. Apa-apapun Syah doakan agar Pak Engku cepat sembuh, AMIN dan manfaatkan sepenuhnya masa di hospital ini untuk berehat daripada sebarang masalah. Take Care Pak Engku ......

DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Brunei Menghadiri Majlis Permakaman Putera Mahkota Arab Saudi

26.10.2011, Rabu - Negara Brunei Darussalam telah menghantar Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah untuk menghadiri Istiadat Permakaman Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mahkota Sultan bin Abdulaziz Al-Saud. Kelihatan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota melakukan solat jenazah di Masjid Imam Turki bin Abdullah, Riyadh.

Keberangkatan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota diiringi oleh adindanya, Yang Teramat Mulia Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik pada 24.10.2011 melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. Ketibaan rombongan dari Brunei di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid, Riyadh disambut oleh Dr. Abdul Rahman Al-Shalhook yang merupakan Timbalan Ketua Protokol Diraja Arab Saudi. DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan rombongan selamat tiba ke Brunei pada hari ini.

Makam Putera Mahkota Arab Saudi

26.10.2011, Rabu - Syah ingin berkongsi dengan anda semua mengenai permakaman Almarhum Putera Mahkota Sultan bin Abdulaziz Al-Saud yang berlangsung semalam di Tanah Perkuburan Al Oud. Inilah dia makam Almarhum yang begitu sedarhana sepertimana yang dikehendaki dalam Islam. Kelihatan beberapa orang kerabat diraja berada dihadapan makam Almarhum. Ditanah perkuburan ini jugalah dimakamkan raja-raja Arab Saudi terdahulu.

Nota : - Gambar dari theguardian

Datuk Seri Najib Selamat Pulang Dari Arab Saudi Pagi Nie

26.10.2011, Rabu - Shukur Alhamdulillah Anak Bugis yang merupakan Perdana Menteri Malaysia yang amat kita kasihi Datuk Seri Najib Tun Haji Abdul Razak dan rombongan telah selamat sampai ke Malaysia dari Riyadh pagi ini lebih kurang jam 08:30hrs. Beliau ke Arab Saudi untuk menghadiri pengkebumian Putera Mahkota Arab Saudi semalam. Almarhum Putera Mahkota Sultan yang mangkat pada Sabtu lepas bersamaan 21.10.2011 akibat kanser usus di New York, Amerika Syarikat. Datuk Seri Najib tiba di Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang dengan diiringi oleh isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Dijabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Datuk Seri Najib telah menyampaikan sendiri ucapan takziah kepada Raja Arab Saudi, Raja Abdullah bin Abdulaziz Al-Saud. Almarhum bukan sahaja merupakan Putera Mahkota Arab Saudi malah memegang beberapa jawatan penting dalam pentadbiran Arab Saudi seperti Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan juga Menteri Penerbangan Arab Saudi.

Nota ; Info dari Bernama

Majlis Santapan Diraja Sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang Ke-81

26.10.2011, Rabu - Sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Pahang yang Ke-81 pada 24.10.2011 lepas, satu Majlis Santapan Diraja telah diadadkan pada sebelah malamnya di Dewan Mulia, Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang. Dalam majlis ini KDYMM Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah kelihatan begitu gembira dan sempat mendendangkan beberapa buah lagu dalam majlis ini. Diantara artis-artis yang turut menghiburkan Tuanku Sultan dan Para hadirin adalah Datuk Siiti Nurhaliza, Nassir Wahab, Datuk Yusni Hamid, Datuk Khatijah Ibrahim dan beberapa orang artis baru dan lama.

Dalam majlis ini juga diadakan tarian poco-poco. Sebenarnya ia tidak dirancang dan bermula apabila tiba-tiba DYTM Tengku Puan Pahang membuka langkah memulakan poco-poco dan diikuti oleh para hadirin lainnya. Sebagai tanda terima kasih atas kehadiran para tetamu, sebuah cenderahati berupa jam meja khas telah diberikan kepada semua hadirin.

Dirgahayu Tuanku Patik.


Nota :- Gambar diambil dari Ungku Iskandar

Tuesday, October 25, 2011

Meriahnya Deepavali Kat Rawang Residene Syah

25.10.2011, Selasa - Sekarang jam 23:38hrs dan meriah betul area Rawang Residence Syah dengan bunyi lagu-lagu Tamil jiran dan dentuman mercun sempena Deepavali sebentar lagi. Anak Uncle Jega tadi Syah nampak bawa mercun papan dan katanya tepat jam duabelas nanti nak bakar mercun tu. Itu baru dia belum lagi jiran-jiran yang lain ............... lagilah berdentam dan berdentum bunyi mercun jap lagi. Heheheh tak mengapalah setahun sekali nak buat macam manakan? waktu untuk mereka bergembira macam kita juga, nilah yang dikatakan 1 Malaysia namanya. Kita kena ambil tahu adat dan budaya mereka.

Tadi salah seorang jiran Syah inform dia baru lepas sembahyang untuk keluarga yang meninggal dunia dan sebelum sembahyang tu dia kena masak dan masa masak tak boleh rasa masakan tu. Lepas sembahyang baru mereka makan masakan tu dan kalau tawar baru boleh tambah garam. Selama nie Syah ingat mereka ada upacara mandi minyak pada waktu pagi sahaja tetpi ada lagi upacara lain dimalam menjelang Deepavali iaitu sembahyang dan makan untuk keluarga yang telah meninggal dunia. Walau bagaimanapun, katanya sekarang nie ada juga yang tak ikut peraturan tu main rasa jer bila memasak. Hehehehe..............

Aunty sebelah rumah Azrin tu juga inform esok ada open house kat Batu Caves bila Syah tanaya tak ada open house ker untuk orang India esok? Dia macam tak setuju jer open house tu dibuat esok di Batu Cave kerana katanya esok Deepavali dan masa nielah saudara mara datang ke rumah dan mereka buat open house, macam mana nak pergi katanya pada Syah dan Syah senyum jer. Dia juga sempat minta sedikit tanaman berdaun Syah untuk deco rumahnya dan Syah kata ambillah....

Happy Deepavali kepada kaum India yang merayakannya.

Update : Sekarang jam duabelas dan Rawang Residence Syah meriah dengan bunyi letupan mercun macam perang dunia ketiga plak................ W.O.W ............. Bunyi mercun macam bunyi hujan mengalakna kaum Cina sambut Tahun Baru lagi............. Heheheh Meriah betul. Tahun Lepas pun tak Macam Nie....

Putera Sulong TYT Yang Di-Pertua Negeri Melaka Meninggal Dunia





Kiri : Allahyarham bersama Isteri dan Tun Khalil.

Kanan : Kelihatan TYT Yang Di-Pertua Negeri Melaka dan Isteri menabur bunga dan merenjis air mawar di pusara putera mereka manakala perempuan di kiri sekali adalah isteri Allahyarham.


25.10.2011, Selasa - Innaa llayhi Wa Innaa Iiayhi Raaji'oon. Ucapan Takziah kepada Yang Di-Pertua Negeri Melaka Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd. Khalil bin Yaakob dan Isteri Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Utama Dato' Zurina bt Kasim serta keluarga diatas kepemergian Putera Sulung tersayang mereka. Allahyarham Mohammad Raznam yang berusia 46 tahun meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang jam 10:40hrs tadi. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir disisi isteri dan kaum keluarganya di Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan.

Jenazah dibawa balik ke rumah Allahyarham di Taman Perumahan Dato' Shahbandar, Pekan, Pahang untuk disempurnakan dan upacara pengkebumian bermula lebih kurang jam 16:00hrs bertempat di Makam Diraja Pahang, Pekan. Turut serta semasa pengkebumian ini adalah isteri Allahyarham, Tengku Noor Tengku Adnan (36 tahun), Tengku Mahkota Pahang DYTM Tengku Abdullah, Menteri Besar Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang turut serta turun padang menguruskan pengkebumian ini. Datuk Seri Adnan dilihat memegang cangkul untuk menimbus liang lahat. Allahyarham merupakan seorang ahli perniagaan dan meninggalkan seorang anak berusia sembilan tahun.

Al-Fatihah ............. kepada Allahyarham Mohammad Raznam bin Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil, Semuga Rohnya Ditempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh. AMIN. Takziah diucapkan kepada TYT Yang diPertua Negeri Melaka dan Isteri, Tengku Noor Tengku Adnan serta seluruh Keluarga Allahyarham dan kami di Maharum Bugis Syah merasa dukacita diatas pemergian Allahyarham Mohammad Raznan.

Nota :- Informasi dari Bernama

Jenazah Almarhum Putera Mahkota Sultan Selamat Disempurnakan

Al-fatihah Kepada Putera Makota Sultan, Semuga Roh Al-Marhumah Ditempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Soleh.- AMIN

25.10.2011, Selasa - Gulfnews.com melaporkan bahawa jenazah Almarhum Putera Mahkota Sultan bin Abdulaziz Al-Saud telah selamat disempurnakan di Tanah Perkuburan Al Oud selepas Zohor dengan penuh kesederhanaan sepertimana yang dikehendaki dalam Islam. Tanah Perkuburan Al Oud merupakan tanah perkuburan awam untuk rakyat biasa dan kerabat diraja di Ibu Negara Arab Saudi berkenaan. Terdahulu solat jenazah diadakan di Masjid Imam Turki yang dihadiri oleh beribu-ribu warga Arab Saudi dan warga luar yang bermastautin di Arab Saudi. Begitu juga semasa permakaman di Tanah Perkuburan Al Oud. Manakala Raja Arab Saudi Raja Abdullah telah mengarahkan agar diadakan Solat Jenazah (Solat Ghaib) di Masjidil Haram, Mekah, Masjid Nabawi, Madinah dan beribu-ribu Masjid seluruh Arab Saudi.

Hari ini Ibu Negara Arab Saudi, Riyadh dipenuhi dengan tetamu-tetamu daripada lebih 100 buah negara yang terdiri daripada ketua-ketua negara termasuk raja-raja, putera mahkota, ketua negara, perdana menteri dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Putera Mahkota Sultan atau lebih dikenali dengan nama panggilan Sultan Al Khair (Prince of Charity). Diantaranya Perdana Menteri yang amat kita sayangi iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden, Prince Charles, Putera Mahkota Spanyol Prince Philip de Borbon, Presiden Sudan Omar Al Bashir, Presiden Pakistan Asif Ali Zardari, Emir Kuwit Shaikh Sabah Al Ahmad Al Jaber Al Sabah, Presiden Comoros Dr. Ikililou Dhoinine dan Pengiran Muda Mahkota Brunei Al- Muhtadee Billah dan lain-lain pemimpin luar negara.

Para pemimpin berkenaan juga telah menyampaikan ucapan takziah kepada Raja Arab Saudi, Raja Abdullah, Putera Nayef yang disebut-sebut sebagai pengganti Putera Mahkota Arab Saudi serta Kerabat-Kerabat Diraja yang kanan lainnya. Tahap keselamatan diibunegara Arab Saudi juga diperketatkan berikutan kehadiran ketua-ketua negara berkenaan.

Jenazah Almarhum Putera Mahkota Sultan Selamat Sampai ke Arab Saudi dan di Makamkan

25.10.2011, Selasa - Innaa llayhi Wa Innaa Iiayhi Raaji'oon. Al-Fatihah .............. Jenazah Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mahkota Sultan bin Abdulaziz Al-Saud yang mangkat di New York akibat Kanser Usus pada pagi Sabtu 22.10.2011 telah selamat tiba ke Arab Saudi semalam 24.10.2011. Keranda yang membawa jenazah Almarhum tiba di Lapangan Terbang Angkatan Tentera Ridyadh di Riyadh dan telah dikenakan kawalan ketat oleh pihak tentera. Jenazah Almarhum diiringi oleh adinda Almarhum (ibu yang sama) yang berada di New York ketika kemangkatan Almarhum iaitu Putera Salman yang merupakan Gabenor Riyadh dan dilihat sebagai salah seorang yang terkemuka dan berpengaruh dalam pentadbiran kerajaan Arab Saudi.

Gambar menunjukkan keranda Almarhum yang baru sahaja diturunkan daripada kapalterbang sebelum dimasukkan kedalam ambulan. Turut berada dilapangan terbang bagi menyambut Jenazal Almarhum adalah Raja Arab Saudi sendiri dan kerabat diraja lainnya serta rakyat jelata. Solat jenazah akan diadakan disemua masjid di Arab Saudi sebelum Almarhum dimakamkan selepas solat Asar hari ini waktu Arab Saudi. Almarhum Putera Mahkota Sultan bin Abdulaziz Al-Saud meninggalkan 32 orang cahayamata hasil daripada perkahwinannya dengan 10 orang isteri. Diantara anak-anaknya yang dikenali ramai adalah Putera Badar dan Putera Khalid. Putera Badar adalah bekas duta Arab Saudi ke Amerika Syarikat yang mempunyai hubungan baik dengan beberapa Presiden Amerika terutamanya keluarga Presiden Bush serta sering dipanggil "Badar Bush" manakala Putera Khalid merupakan Timbalan Menteri Pertahanan sekarang ini.

Almarhum Putera Sultan yang juga merupakan Menteri Pertahanan Arab Saudi merupakan individu paling lama memegang portfolio berkenaan di Arab Saudi iaitu selama 50 tahun dan telah membuat pembaharuan besar dalam bidang ketentera dengan membawa masuk peralatan tentera terkini daripada Amerika dan Britain. Almarhum merupakan putera ke-7 daripada 36 orang anak pengasas kerajaan beraja Arab Saudi yang dibentuk pada tahun 1932 iaitu Raja Abdulaziz daripada isteri kesayangannya Puteri Hissa Al-Sudairi.

Kena Refer Ke Pakar

25.10.2011, Selasa - Pagi nie Syah berjumpa dengan Dr. Rasol dan minta pendapat dia berkenaan lutut Syah yang semakin sakit terutamanya apabila Syah mencangkung dan hendak bangun semula. Setelah membuat pemeriksaan Dr. Rasol referkan Syah ke pakar. Hanya itu sahaja caranya untuk mengatahui apa masalah sebenarnya lutu Syah tue. Dia dah siapkan suratnya dan tengoklah mungkin minggu hadapan baru Syah pergi kot kerana tengah banyak kerja nie. Hari niepun MC tetapi Syah datang office sekejap untuk siapkan accrual document untuk Oktober 2011 dan lepas nie baru Syah balik.

Inilah Bun Physio yang attend Syah untuk physiotherapy Syah di Pusat Perubatan Menara Sdn Bhd. Dia sporting orangnya dan friendly. Bun nasihatkan Syah supaya tak buat aktiviti yang akan menyebabkan kesakitan kat lutut Syah tue. Maknanya kalau tak boleh mencangkung, jangan mencangkung.

So itulah perkembangan terkini berkenaan lutut Syah. So kena ke pakar juga dan tengoklah macam mana nanti dan nak ke hospital mana? Mungkin Ampang Puteri Medical Center kot? Sebab Kak Langpun masuk situ juga dan sedang menjalani physiotherapy kat sana.

Bersiap Dengan Knee Support

25.10.2011, Selasa - Assalammualaikum dan Selamat Pagi Semua. Sekarang jam 06:07hrs dan Syah dah standby untuk bertolak ke tempat kerja dan dah sedia tunggu bas jam 06:30hrs jap lagi. Sebelum tu kena letak sampah kat luar rumah kerana hari nie giliran lori sampah kutip sampah. Inilah dia Knee Support yang Syah beli semalam dan pakai untuk ketempat kerja. Hari nie ada phisio dan akan inform mereka yang lutut Syah sakit semula. Nak jumpa Dr nanti katanya macam biasalah kalau nak tahu lebih lanjut apa terjadi kat dalam tu kena buat MRI, means kena ke hospital pakar Hehhehe................... tengoklah macam mana nanti ongkosnya juga perlu difikirkan ? Ok lah gtg .............. sehingga berjumpa lagi dilain Entry. Ops, lupa Esok Cuti kan , Deepavali. Nak plan apa lak nie yer? Byeee .............

Monday, October 24, 2011

Istiadat Sambutan Hari Keputeraan Tuanku Sultan Pahang Berjalan lancar

24.10.2011, Isnin - Istiadat Sambutan Hari Keputeraan Sultan Pahang Ke-81 berjalan lancar hari ini di Istana Abu Bakar, Bandar Diraja Pekan, Pahang. Selepas Istiadat Pengurnian Darjah dan Bintang Kebesaran KDYMM Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah yang ditemani oleh KDYMM Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom bersama-sama memotong kek hari keputeraan baginda. Turut serta dalam majlis ini adalah Perdana Menteri dan Isteri, DYTM Tengku Mahkota Pahang dan Isteri, Menteri Besar dan Isteri serta Kerabat Diraja dan Para Jemputan.

Dalam Istiadat penganugerahan darjah dan bintang kebesaran pagi ini seramai 66 individu telah menerima penghargaan masing-masing yang didahului oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung yang menerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri. Dalam titah baginda, baginda memberi kredit kepada Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mampu membawa kesejahteraan kepada Malaysia. Titah baginda lagi Pendekatan 1 Malaysia - rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, program transformasi kerajaan, ekonomi dan politik, model baru ekonomi serta dasar transformasi nasional dalam pentadbiran negara akan memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya.

DIRGAHAYU TUANKU PATIK

Nota :- Info dari Bernama

Ke Pekan Rawang dan Rambut Deepavali

24.10.2011, Isnin - Hari nie Syah puasa dan tanpa Syah sedari puasa Syah terbatal tetapi sebabnya tak bolehlah nak share dan yang pastinya puasa tu dah batal. By the way Syah tak kerja hari nie. Jam 11:00hrs tadi Syah ke pekan Rawang. Dalam bas terjumpa remaja India nie dan syah tengok rambutnya berukir dan Syah minta kebenar nak ambil gambar dan dia kata boleh. Syahpun pernah buat rambut tatoo nie tetapi taklah macam nie........tue dia sebesar alam bentuk muka. Memang unik dan Syah tanya rambut deepavali ker dan katanya "Ya". Syah tanya buat kat mana katanya kat Shah Alam. Patutlah dia berani buat rambut macam tue sebab dah nak cuti sekolahkan sekarang nie. Sampai pekan rawang syah tengok budak nie jadi tumpuan orang ramai sebab ukiran rambut kat belakang kepalanya tu.

Dari bas stop Syah cari tempat makan dan sebelum tu beli nenas RM2.000 dan buat decision makan kat kedai makcik bersebelahan Pejabat Pos Rawang. Syah minum Milo Ice dan makan nasi putih, ikan masin, tempe berlada dan daging dengan caj RM6.2o Hemmm................... barang sekarang nie semuanya mahalkan? Daging tu Syah salah ambil sebenarnya tak habiskan pun kerana rupanya bukan daging tetapi hati dan limpa lembu yang dipotong keil-kecil dan Syah tak habiskan pun sebab tak suka.

Lepas makan Syah ke Kedai Tenaga Nasional bayar bil elektrik dan lamanya Syah menunggu giliran untuk dapatkan salinan bil sebab kena tunggu dikaunter perkhidmatan yang menguruskan urusan permohonan baru dan menyelesaikan masalah pemotongan dan sebagainya. Sepatutnya mereka khaskan satu kaunter atau cashier boleh print salinan bil. Nie buang masa sahaja tunggu satu jam walhal hanya nak print bill sahaja. Tapi dan prosidur mereka macam tu kenalah ikut.

Lepas tu Syah ke Giant beli sedikit keperluan dapur dan sebelum tu singgah ke Gurdian beli Knee Support dengan harga RM58.90. Terpaksa beli sebab lutut Syah sakit, patutnya dah lama kena beli benda tu tetapi asik bertangguh jer............... kat pasaraya Syah beli Ribena 1L - RM13.49, Jajan - RM1.79, Wholemil Bread - RM2.39, Susu Omega Plus - RM22.99, TC Boy Tuna - RM3.99, Kuali kecil - RM6.99 dan Straw - RM1.99 dan semuanya RM54.13. Lepas beli keperluan dapur terus Syah ke bas stop untuk balik ke Rawang Residenne dan sempat beli minuman jap kerana haus cuaca panas pula hari nie. Sampai rumah hampir jam 15:10hrs dan sekarang jam 16:36hrs dan Syah nak solat Asar dulu dan cuaca mendung pula, nampak gayanye nak hujan jer?

Sultan Johor Dianugerahkan Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati (D.K)



24.10.2011, Isnin - Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah mendahului SENARAI penerima Pingat dan Darjah Kebesaran Negeri Pahang sempena Hari Keputeraan Ke-81 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah bagi tahun 2011. Tuanku Sultan Johor telah dianugerahkan :-

DARJAH KERABAT SRI INDERA MAHKOTA PAHANG YANG AMAT DIHORMATI (D.K)

Junjung Kasih Sembah Tahniah patik diatas penganugerahan darjah kebesaran ini.


Hari Keputeraan Sultan Pahang Ke-81

24.10.2011, Isnin - Hari ini merupakan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah . Syah nak cerita lain sedikit mengenai Tuanku Sultan Pahang sempena birthday Tuanku hari nie yang mungkin tidak semua orang mengetahuinya. Lapan Puluh Satu Tahun yang lepas Tuanku diputerakan oleh bondannya Raja Fatimah sebaik sahaja selesai azan Jumaat di Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang pada tanggal 24.10.1930. Ayahanda Tuanku adalah Tengku Abu Bakar kemudiannya bergelarKDYMM Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah manakala bonda baginda pula adalah Raja Fatimah yang kemudiannya bergelar KDYMM Tengku Ampuan Raja Fatimah bt Sultan Iskandar Shah yang merupakan puteri kepada Paduka Seri Sultan Perak ke-30. Tuanku Sultan Pahang mempunyai pertalian darah dengan kerabat diraja Perak.

Gambar ini adalah potrait KDYMM Sultan Pahang sewaktu kecil bersama Nendanya (datuk) iaitu KDYMM Paduka Seri Sultan Iskandar Shah, Sultan Perak Ke-30. Comel kannnnnnnnnnnnn.

Sebenarnya Tuanku bukanlah Putera Sulong Almarhum Sultan Abu Bakar, Tuanku adalah putera ketiga manakala yang sulung adalah perempuan iaitu YAM Tengku Seri Nila Utama Pahang Tengku Ainol Jamal yang merupakan bekas Tengku Ampuan Terengganu iaitu permaisuri kepada Almarhum Sultan Ali (Tengku Ali) yang telah diturunkan tahta selepas Jepun menyerah kalah di Tanah Melayu. Setelah Sultan Ali diturunkan daripada Singahsana Terengganu mereka berpisah dan YAM Tengku Seri Nila Utama Pahang kembali semula ke Pahang bersama anak-anaknya. Manakala putera kedua Sultan Abu Bakar adalah lelaki tetapi telah mangkat dan keadaan ini telah memberi laluan kepada Tuanku sebagai pewaris tahta.

Ketika Tuanku dalam kandungan, Sultan Abu Bakar dan Tengku Ampuan Raja Fatimah telah bernazar jika anak yang dilahirkan seorang putera ianya akan diserahkan kepada Sultan Perak untuk diasuh. Tuanku telah dibesarkan di Istana Perak dan mendapat pendidikan awal di Kuala Kangsar termasuk Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) sebelum kembali semula ke Pahang semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Tuanku menyambung semula pelajarannya di MCKK selepas Jepun menyerah kalah dan kemudiannya menyambung pelajaran ke Worcestor College, Oxford.

Tuanku Sultan Pahang berkahwin buat pertama kalinya dengan Tengku Hajah Afzan binti Tengku Muhammad kemudiannya bergelar KDYMM Tengku Ampuan Pahang yang merupakan puteri kepada Menteri Besar Pahang pada ketika itu yang berpusat di Kuala Lipis. Manakala bonda Tengku Hajah Afzan merupakan cucunda kepada DYMM Sultan Ahmad Shah I, Sultan Terengganu. Hasil daripada perkahwinan ini Tuanku Sultan Pahang dikurniakan dengan tujuh orang cahayamata iaitu Tengku Mariam, Tengku Muhani, Tengku Aishah, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah, Tengku Abdul Rahman, Tengku Nong Fatimah dan Tengku Shahariah.

Tengku Ampuan Pahang Tengku Hajah Afzan mangkat pada 29.06.1988 di Istana Pahang, Kuala Lumpur akibat kanser. Pada 14.03.1991 Tuanku Sultan Pahang berkahwin dengan seorang wanita warga Pakistan yang kemudiannya bergelar KDYMM Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom dan dikurniakan seorang putera iaitu Tengku Abdul Fahad Muhammad Mua'adzam. Data didalam Royal Ark.net memaklumkan bahawa Sultanah Hajjah Kalsom merupakan bekas seorang Paramugari dan bekas menantu kepada Perdana Menteri Pertama Pakistan Liaquat Ali Khan, sebagai isteri kedua kepada Sahibzada Liaquat Ali Khan .............. Wallahu A'alam.

Patik Merafak Sembah dan Mengcapkan Selamat Menyambut Hari Keputeraan ke-81 Semuga ALLAH Mengurniakan Rahmat NYA Keatas Tuanku Sultan Pahang Semuga DiPanjangkan Umur, Dimurahkan Rezeki dan Dapat Memerintah Negeri Pahang dan Jajahan Taklukanya dengan Adil dan Saksama. AMIN.

DIRGAHAYU TUANKU PATIK

Sunday, October 23, 2011

Lutut Syah Sakit Semula

23.10.2011, Ahad - Semenjak semalam lutut Syah sakit ditempat yang Syah tunjukkan tu. Sakit dibahagian dalam dan berbunyi bila Syah hendak bangun dan ada masanya Syah mengadoi sedikit kerana kesakitannya. Ada masanya walaupun tak gunakan kaki tu untuk bangun tetapi bila diluruskan iannya akan terasa berbunyi berdetup dan sakit. Adalah dua tiga kali berlaku hari nie dan malam nie agak kerap sebelum Syah buat entry nie. Tak pernah pula sakitnya macam nie sebelum nie. Syah masih lagi lakukan phisio. Bila bangun Syah kena hati-hati sedikit dan tak boleh buat kuat-kuat takut sakit tu datang lagi ataupun menekan kaki Syah tu bila bangun. Ada masanya bila pusingkan kakipun lutut tu rasa sakit sedikit. Minta2 tak jadilah perkara yang tak elok. Doakan lah yer .............. Terima kasih semua.

Raja Saudi Dibenarkan Keluar Hospital dan Siapakah Pengganti Putera Mahkota Arab Saudi

23.10.2011, Ahad - Selepas pengumuman kemangkatan adindanya Putera Mahkota Sultan, Pihak Istana telah mengeluarkan kenyataan rasmi melalui ajensi berita SPA bahawa Raja Arab Saudi, Raja Abdullah telah dibenarkan keluar dari Hospital. Pengumuman memaklum kan The Custodian of the Two Holy Mosques, King Abdullah bin Abdulaziz al-Saud ... left the King Abdulaziz Medical city this Saturday evening ... after God graced him with health to continue treatment in the clinic of his palace. Baginda yang berusia 87 tahun menjalani pembedahan dibahagian belakang baginda untuk memperkuatkan ligamen disekeliling vertebra ketiga baginda pada 17.10.2011 (Isnin) lepas. Selepas ini baginda akan menjalani rawatan susulan di kelinik di Istana Baginda.

Dengan kemangkatan Putera Mahkota Sultan, Pengganti harus dipilih bagi mengisi kekosongan tersebut. Gambar diatas adalah photo Putera Mahkota Sultan (tengah) yang diambil pada tahun 2009. Perlu diketahui bahawa sistem pengganti Raja di Arab Saudi bukanlah diturunkan kepada anak sulung lelaki Raja Arab Saudi tetapi diwarisi melalui penggantian diantara putera-putera kepada pengasas kerajaan beraja Arab Saudi iaitu anak-anak kepada Raja Abdulaziz ibni Saud atau dikenalai juga dengan panggilan Ibnu Saud yang mangkat pada tahun 1953. Keluarga Al Saud memerintah Arab Saudi mulai tahun 1932. Sistem penggantian ini sebenarnya merupakan isu yang sensitif di Arab Saudi untuk diperkatakan secara terbuka kerana pewaris-pewaris sudah berusia lanjut manakala Arab Saudi memerlukan jenarasi-jenarasi baru sebagai pemimpin yang mempunyai idea mengikut peredaran zaman.

Walau bagaimanapun Raja Abdullah telah membuat banyak perubahan dalam pemerintahannya dengan memberi penekanan terhadap perubahan ekonomi yang lebih libral, memperkasakan sistem pendidikan dan memberi lebih ruang kepada kaum wanita. Raja Abdullah juga dilihat menyokong polisi minyak yang sederhana dimana baginda mempertingkatkan pengeluaran minyak untuk menghalang kenaikan harga minyak semasa penghantaran keluar negara. Baginda juga membuka ruang kepada Amerika dalam usaha membenteras pengganas terutamanya Al-Qaeda dan meminta Amerika untuk menyokong penuh hak-hak Palestin sebagai sebuah negara.

Pewaris seterusnya disebut-sebut sebagai Putera Mahkota yang baru adalah Putera Nayef Abdul Aziz Al-Saud yang berusia 77 tahun merupakan menteri dalam negeri semanjak 1975 lagi. Putera Nayef dilantik sebagai timbalan perdana menteri kedua pada 2009 dan sering memangku jawatan Raja Arab Saudi atau Putera Mahkota Arab Saudi semasa ketiada penyandang-penyandang berkenaan di Arab Saudi samada atas tugas rasmi keluar Negara atau mendapatkan rawatan perubatan diluar negara. Sama-samalah kita lihat nanti siapakah yang bakal menjadi Putera Mahkota Arab Saudi yang baru bagi menggantikan Almarhum Putera Mahkota Sultan.

Aktiviti Hari Ahad

23.10.2011, Ahad - Sekarang jam 11:09hrs dan baru jer habis mengemas rumah, penat tapi puas dapat mengisi masa terluang di hari Ahad nie dengan aktiviti yang berfaedah... Ahaaa................ Pagi nie breakfast dengan Herbalife jer dan masa buat Entry nie Syah panaskan enjin AEL sambil minum Nutritious Mixed Soy Powder Drinknya. Syah tak ambil hari-hari Herbalife nie tengok keadaan jer. Semingu adalah 3 atau 4 kali jer sebab kadangkala bila balik kerja dah penat dan tak sempat nak buat benda nie. Petang nanti tak tau nak gie mana tengoklah kalau rajin cuci-cucii mata ke Pekan Rawang atau Midvalley ker? Ok lah GTG coz Syah nak berehat sekejap. Sehingga berjumpa lagi dilain Entry ................ Daaaaaaaaa.................

Saturday, October 22, 2011

Putera Mahkota Arab Saudi Mangkat

22.10.2011, Sabtu - Innaa Ilayhi Wa Innaa Ilayhi Raaji'oon, Menurut laporan talian Agensi Berita Saudi, Dewan Diraja Arab Saudi mengumumkan Kemangkatan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mahkota Sultan bin Abdul Aziz dalam usia 80an hari ini. Almarhum juga merupakan Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Menteri Penerbangan Arab Saudi dan merupakan orang penting dalam badan pusat pembuat dasar kerajaan Arab Saudi.

Almarhum mangkat di New York, Amerika Syarikat awal pagi ini akibat kanser dalam usia 80an (ada yang menyatakan umur Almarhum 86 tahun). Khabar angin menyatakan bahawa Putera Mahkota Sultan koma semenjak Julai lepas lagi. Dengan kemangkatan ini meninggalkan tanda tanya siapakah pengganti Almarhum sebagai pewaris tahta. Permakaman Jenazah Almarhum dijadualkan pada hari Selasa 25.10.2011 apabala jenazah diterbangkan semula ke Arab Saudi. Almarhum dikatakan mengidap barah usus.

Raja Arab Saudi, Raja Abdullah yang baru sahaja menjalani pembedahan belakang baginda Isnin lepas bersamaan 17.10.2011 dijangka memanggil persidangan Majlis Kesetiaan untuk melantik seorang Putera Mahkota berikut kemangkatan adinda baginda ini. Majlis Kesetiaan ini dibentuk pada 2006 apabila Raja Abdullah menjadi Raja. Majlis ini ditugaskan mengundi meluluskan pilihan raja sebagai putera mahkota atau sebaliknya mencalonkan pilihannya sendiri. Raja Abdullah dilaporkan semakin pulih.

Perdana Menteri yang amat kita kasihi Datuk Seri Najib Tun Haji Abdul Razak dalam ucapan takziahnya kepada Kerajaan Arab Saudi memaklumkan bahawa dengan kemangkatan ini merupakan satu kehilangan besar pemimpin yang ulung.

Entry Syah berhubung khabar angin menyatakan Putera Mahkota berada dalam Koma :-

AEL Tak Boleh Start

22.10.2011, Sabtu - Malam tadi Syah basuh baju dalam mesin dan sidai pagi nie manakala underweare dan cadar, selimut serta sarung bantal Syah basuh secara manual. Masa nak sidai kain Syah start AEL tetapi terperanjat Syah bila AEL tak boleh start. Hemmmmmmm ............. mulanya terkezut gak Syah tetapi terus terlintas difikiran dan Syah tahu nie mesti baterinya dah expire coz Syah guna Bateri Kering. Terus SMS saudara Syah, Azrin yang stay lat tujuh rumah dari Rawang Residence Syah minta bantauan kalau di free tetapi hingga petang tak berjawap sms tu. Syah semak balik message rupanya bukan Azrin tak jawap tetapi SMS tu tak dapat dihantar kerana phone kena block. Baru RM50.00++ biasalah Celcom kan?

Petang tadi Syah call Azrin dan Azrin datang ambil bateri tu untuk dijadikan sample coz nak beli yang baru dan inform Syah kedai dah tutup dan katanya Isnin baru boleh buat. Syah minta dia service dan gantikan wipper belakang yang dah rosak. Azrin minta RM350.00 untuk bateri, wipper dan service kereta dan katanya kalau ada ballance nanti dia pulangkan. Syah bagi dia duit tu dan ucapkan terima kasih.

Senja tadi Syah rasa lapar dah Tapow Mee Goreng dan Milo Ice kat kedai mamak for dinner malam nie dan masa balik tu Syah nampak Azrin sedang buka pintu pagar Syah. Rupa-rupanya dia bawa bateri kerana katanya dia call kedai tu tadi dan mereka inform masih buka lalu dia ke Pekan Rawang belikan Bateri tu. Azrin nasihatkan Syah supaya selalu panaskan enjin dan biarkan selama 10 minit baru tutup kalau tak nanti baterinya cepat habis kerana AEL tu tak selalu jalan. Lepas pasangkan bateri tu semula, Syah ucap terima kasih kat Azrin atas bantuan dia. Malam nie dia dan familynya akan tidur dirumah adiknya Firdaus dan esok mereka balik semula ke Rawang.

By The Way Sekali Lagi Terima Kasih Azrin Atas Bantuan Yang Dihulurkan. Really Appreciate Your Kind Help.

Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Istiadat Keberangkatan Balik dan Istidat Pengisytiharaan Semula Sebagai Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin

22.10.2011, Sabtu - Tidak lama lagi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billh Shah akan mengakiri tempoh lima tahun baginda sebagai Ketua Negara yang bersemayam disingahsana pemerintahan Kerajaan Persekutuan sebagai Ketua Negara iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-13. Seperti kelazimannya beberapa upacara dan istiadat khas akan diadakan seperti Majlis Santapan, Majlis Keberangkatan Balik Seri Paduka Baginda di Parlimen dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kula Lumpur dan Sambutan ketibaan baginda di Terengganu dan Permasyuran semula baginda sebagai Sultan Terengganu. Iannya merupakan satu proses yang panjang dan penuh dengan protokol. Istiadat khas ini didakan bagi menjunjung kasih tanda terima kasih kerajaan dan rakyat Malaysia atas jasa dan pengorbanan baginda berdua. Semua program yang telah diaturkan akan berlangsung dengan penuh adat istiadat Melayu yang penuh gilang gemilang.

Syah hendak berkongsi cerita dengan anda berhubung proses yang dilalui oleh Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalullail sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-12 dan kalau ada yang bertanya mengapa tak ambil contoh Tuanku Mizan jawapannya kerana Tuanku Mizan belum lagi menamatkan perkhidmatannya dan belum lagi menjalani proses berkenaan dan akan melaluinya tak lama lagi. Memang panjang proses yang perlu dilalui. Syah akan maklumkannya secara ringkas sahaja mengenai pertabalan dan keberangkatan balik serta permasyhuran semula baginda sebagai Raja Perlis seperti berikut :-

Majlis Raja-Raja telah mengadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-191 (Khas) sempena kemangkatan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Alhaj pada 21.11.2001 yang ketika itu merupakan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-11. Mesyuarat ini bertujuan melantik Yang di-Pertuan Agong yang baru dan Raja Perlis DYMM Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalullail telah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru. Istiadat Perlantikan dan Lafaz Sumpah Memegang Jawatan berlangsong di Balairong Seri Istana Negara pada 13.12.2001.

Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong XII dengan penuh adat istiadat di Balirong Seri, Istana Negara pada hari Khamis 25 April 2002 bersamaan 19 Safar 1423 Hijrah dengan disaksikan oleh Raja-Raja Melayu dan Yang Dipertua Negeri, Kerabat-Kerabat Diraja, orang kenamaan, pembesar-pembesar negara, pemimpin-pemimpin rakyat dan jemputan-jemputan khas dari luar negara. Dengan pertabalan ini Tuanku Syed Sirajuddin meneruskan legasi tradisi Raja Berpelembagaan di Malaysia sebagai Ketua Negara yang amat kita kasihi ini.

Istiadat dimulai dengan tiupan nafiri dan paluan nobat dengan lagu "Raja Berangkat" sebagai tanda keberangkatan masuk Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Tuanku Tengku Fauziah binti Tengku Abdul Rashid ke Balairong Seri Istana Negara. Keberangkaan tiba baginda berdua didahului oleh Datuk Paduka Maharaja Lela dan Panglima-Panglima yang membawa Cogan Alam dan Cogan Agama serta Alat-alat Kebesaran Diraja. Setelah bersemayam disingahsana, istiadat pertabalan dimulai dengan Datuk Paduka Maharaja Lela dan Datuk Penghulu Istiadat serta pegawai-pegawai Istana Negara mengadap membawa senaskah Al-Quraan bersama-sama Keris Kerajaan, Surat Pengisytiharan dan Watikah Ikrar diikuti paluan nobat dengan lagu "Menjunjung Duli".

Datuk Paduka Maharaja Lela menyerahkan Al-Quraan berkenaan kepada Seri Paduka Baginda dan seterusnya Tuanku mencium Al-Quraan berkenaan dan meletakkannya diatas meja iring yang terletak diantara Seri Paduka Baginda berdua manakala peralatan Kebesaran Diraja yang lainnya pula diletakkan diatas meja dihadapan Singahsana. Perdana Menteri Dato' Seri Dr.Mahathir bin Mohamad (Sekarang Tun) mengambil tempat membacakan Surat Perisytiharan Pertabalan dan kemudiannya Ikrar Taat Setia bagi pihak rakyat jelata. Selepas itu Datuk Paduka Maharaja Lela menyembahkan Keris Kerajaan kepada Seri Paduka Baginda . Setelah menerima keris berkenaan, Seri Paduka Baginda menghunus, mengucup dan menyarungkan semula keris itu sebagai tanda penerimaan pemasyhuran sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Seterusnya Seri Paduka Baginda menerima Watikah Ikrar dari Datuk Paduka Maharaja Lela dan melafazkan ikrar berkenaan diikuti dengan paluan nobat "Raja Bertabal" dan kemudiannya Datuk Paduka Maharaja Lela melaungkan ungkapan DAULAT TUANKU sebanyak tiga kali diikuti para hadirin lainnya. Sebagai simbolik pemakluman kepada rakyat mengenai pemasyuran raja baru, tembakan 21 das meriam berkemundangan diudara diikuti lagu Negara Ku. Perdana Menteri kemudiannya menyembahkan Ucapan Tahniah dan Ikrar Taat Setia Kerajaan dan rakyat Malaysia. Kemudiannya Tuanku menyampaikan titah diikuti bacaan doa selamat oleh Pegawai Agama Istana Negara.

Seri Paduka Baginda kemudiannya menyerahkan semula naskah Al-Quraan tadi kepada Datuk Paduka Maharaja Lela dan Seri Paduka Baginda mengisytiharkan istiadat pertabalan telah disempurnakan sebelum berangkat meninggalkan Balairong Seri Istana Negara diikuti paluan nobat "Raja Berangkat". Keberangkatan Seri Paduka baginda didahului oleh Datuk Paduka Maharaja Lela manakala Datuk Penghulu Istiadat membawa naskah Al-Quraan dan panglima-panglima membawa Cogan Alam dan Cogan Agama serta alat-alat Kebesaran Diraja.

Kelihatan Tuanku Syed Sirajuddin Mengalirkan Air Mata di Majlis Keberangkatan Pulang baginda semasa memberi ucapan selamat tinggal dan salam terakhir kepada kakitangan Istana Negara yang bersama-sama berbakti kepada baginda berdua selama lima tahun sebelum berangkat ke Dataran Parlimen untuk upacara rasmi keberangkatan pulang ke Perlis. Susah bagi seorang raja untuk mengalirkan air mata dan ini melambangkan betapa kasih dan sayang serta akrabnya Seri Paduka Baginda dengan kakitangan Istana.

Setelah menabur bakti sebagai Ketua Negara selama lima tahun bersemayam di singahsana pemerintahan Kerajaan Persekutuan akhirnya tibalah masa Baginda untuk kembali semula ke Negeri Perlis dan digantikan oleh Sultan Terengganu iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sekarang. Baginda berdua berangkat meninggalkan Istana Negara pada 12.12.2006. Beberapa upacara dan istiadat diadakan bagi menjunjung kasih tanda terima kasih kerajaan dan rakyat Malaysia diantaranya Majlis Santapan, Majlis Keberangkatan Balik Baginda di Parlimen dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan sambutan ketibaan di Perlis dan Watikah Permasyuharan semula sebagai Raja Perlis.

Keberangkatan tiba Baginda ke Dataran Parlimen disambut oleh Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badwi (sekarang Tun) dengan tiupan nafiri oleh Angkatan Tentera Malaysia. Baginda berdua kemudiannya diiringi ke peterana melalui Pasukan Kawalan Tombak dan menerima tabik hormat daripada Pasukan Kawalan Kehormat. Kemudiannya Pasukan Pancaragam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) memainkan lagu "Hormat Diraja" dan Negara Ku". Bendera peribadi Yang di-Pertuan Agong kemudiannya dikibarkan diikuti 21 das tembakan meriam. Baginda kemudiannya melakukan pemeriksaan barisan Pasukan Kawalan Kehormat RAMD.

Setelah selesai melakukan pemeriksaan barisan pasukan kawalan kehormat, Mufti Wilayah Persekutuan membaca doa diikuti tabik "Hormat Diraja" dan lagu "Negara Ku". Baginda berdua kemudiannya berkenan bersalaman dengan menteri-menteri kabinet, ketua-ketua jabatan, dan diplomat asing sebelum berangkat ke KLIA diringi oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Manakala murid-murid sekolah, pegawai dan kakitangan kerajaan dan swasta berbaris dikiri kanan jalan disepanjang jalan Parlimen hingga Bank Negara untuk memberi penghormatana dan lambaian perpisahan kepada baginda berdua.

Ketibaan Baginda berdua ke KLIA disambut dengan penuh adat istiadat dan tradisi Kesultanan Melayu hasil kreativiti Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim. Setiba Baginda berdua ke KLIA, Baginda berdua disambut oleh seekor gajah dan lima hulubalang. Gajah digunakan sebagai simbolik tanda kebesaran dan tradisi kerajaan Kesultanan Melayu Silam. Perarakan yang penuh dengan warna warni ini melibatkan 28 orang pembesar negeri dan 80 orang pengiring istana terdiri daripada hulubalang, ketua inang istana, pembawa bunga, pembawa payung kuning bertingkat dan pembawa sirih junjung. Empat orang hulubalang, 50 pemalu gendang dan 240 pengiring berpakaian kaum berbilang bangsa di Malaysia. Baginda berdua kemudiannya ke petrana khas bagi menyaksikan persembahan silat oleh 100 orang pesilat dan satu persembahan khas "Daulat Tuanku" diadakan oleh peserta perarakan dan kemudiannya bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan sebelum baginda memasuki pesawat khas ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim sebelum meneruskan perjalan ke Perlis menggunakan kereta.

Melangkah megah ke Singahsana Perlis Indera Kayangan untuk Istiadat Pengisytiharan Semula sebagai Raja Negeri Perlis.

Ketibaan baginda berdua disambut oleh Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Raja Puan Muda Perlis dan dif-dif kehormat negeri Perlis dan Kedah. Baginda dan rombongan berangkat pulang ke Perlis dengan diringi lebih 2000 motosikal dan 100 motosikal berkuasa tinggi hingga ke Istana Perlis. Manakala di sempadan Kedah-Perlis, keberangkatan pulang baginda ke Perlis disambut oleh 1000 orang pemalu gendang, dan 100 orang peniup serunai diketuai pasukan pembawa tombak dan terinai. Rakyat jelata pula berbaris disepanjang jalan mengalu-alukan keberangkatan pulang baginda.

Pada 14.12.2006 telah diadakan Istiadat menandatangani Watikah Pengisytiharan sebagai pemerintah negeri Perlis di Istana Arau, Arau, Perlis. Dalam istiadat ini, pengisytiharan telah dibacakan oleh Menteri Besar Perlis Dato' Seri Shahidan Kassim di Balairong Seri Istana Arau. Terdahulu istiadat perarakan watikah telah dilakukan dengan penuh adat istiadat sejauh 1 km ke Istana Arau dengan diiringi oleh 100 orang peniup serunai dan hulubalang beserta lima ekor gajah. Perarakan diketuai oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri , Datuk Abu Bakar Ismail yang kemudiannya menyerahkan watikah itu kepada Menteri Besar. Maka Tuanku Syed Sirajuddin pun menggunakan gelaran Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Syed Putra Jamalullail Raja bagi Negeri Perlis dan Jajahan Takluknya.

DIRGAHAYU TUANKU PATIK