Tuesday, June 19, 2012

Tuanku Abdul Halim Sampaikan Darjah Kepahlawanan Anggota Polis di Istana Negara

19.06.2012, Selasa - Sempena sambutan Hari Polis ke-125, hari ini telah diadakan istiadat penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis kepada 126 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia.  Istiadat disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah di Istana Negara.Turut serta dalam istiadat ini adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Datuk Mortadza Nazarene yang merupakan Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM Bukit Aman telah mendahului senarai penerima dengan anugerah darjah kelas pertama Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP).  15 orang menerima Darjah Panglima Setia Pasukan Polis (PSPP) , 25 orang menerima Darjah Pahlawan Pasukan Polis (PPP), 5 orang menerima Darjah Kesatria Pasukan Polis (KPP) dan 80 orang menerima Darjah Bentara Pasukan Polis (BPP). Gambar menunjukkan Tuanku Abdul Halim menganugerahkan PSPP kepada Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya. 

Sumber :- Bernama

No comments: