27.06.2012, Rabu - Jodoh, Ajal, Maut dan Pertemuan ditentukan oleh Allah. Kita sebagai manusia hanya boleh merancang sebaik mungkin tetapi Allah yang menentukan segalanya. Begitulah juga dengan hubungan perkahwinan Raja Azmi Raja Sulaiman yang merupakan seorang produser filem dan kerabat diraja Perak dengan bekas pemain badminton negara Jailani Sidek berakhir hari ini dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dihadapan Hakim Syarie Saiful Azli Jamaludin. Dalam nada suara yang tenang Jalani melafazkan :-
Jalaini yang berusia 49 tahun dan Raja Azmi berusia 53 tahun telah mendirikan rumahtangga selama 28 tahun. Hakim membenarkan penceraian ini setelah berpuas hati dengan dokumen penceraian yang difailkan oleh Raja Azmi bahawa rumahtangga mereka tidak wujud lagi kasih sayang dengan konflik rumah tangga yang berpanjangan. Sebelum melafazkan cerai kedua-dua pasangan ini bersalaman sambil menangis dan berpelukan diantara satu sama lain.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment