Monday, June 18, 2012

Almarhum Putera Mahkota Naef Selamat DiMakamkan

18.06.2012, Isnin -  Jenazah Almarhum Putera Mahkota Naef bin Abdulaziz Al Saud, Putera Mahkota Arab Saudi telah selamat dimakamkan di Tanah Perkuburan Al-Adel, Mekah Al Mukaramah sepertimana wasiat Almarhum sendiri.  Jenazah tiba dari Switzerland melalui penerbangan khas Saudi Arabian Airline di King Abdulaziz International Airport di Jedah awal pagi Ahad.  Turut menunggu ketibaan jenazah di lapangan terbang adalah Menteri Pertahanan, Putera Salman dan kerabat diraja Arab Saudi termasuk Menteri Dalam Negeri, Putera Ahmed, Gabenor Riyadh, Putera Sattam dan Gabenor Mekah Putera Khaled Al-Faisal. Almarhum yang berusia 78 tahun mangkat dikediaman saudaranya semasa sedang bercuti dan menjalani rawatan perubatan di Geneva, Switzerland.  Selepas kemangkatan, jenazah Almarhum diletakkan di Masjid Geneva (Geneva Mousque) sebelum dibawa pulang ke Arab Saudi.

Kekanda Almarhum iaitu Raja Arab Saudi, Raja Abdullah bin Abdulaziz Al Saud berangkat tiba di Mekah pada malam Sabtu untuk menghadiri istiadat permakaman. Keberangkatan tiba Raja Abdullah ke Istana Tetamu disambut oleh Putera  Miteb, Putera Khalid Al-Faisal, Putera Mansour bin Miteb dan Gabenor Madinah Putera Abdul Aziz bin Majed dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan. Jenazah dibawa ke tanah perkuburan sejurus selepas di solatkan di Masjidil Haram oleh jutaan umat islam yang terdiri daripada kerabat-kerabat diraja, wakil-wakil kerajaan dan para jemaah yang mengerjakan umrah. Raja Abdullah juga telah mengarahkan diadakan Solat Ghaib Jenazah  selepas Solat Insyak semalam di Masjidil Haram, Madinah Al Munawarah dan  seluruh Masjid di Arab Saudi.  

Al-Fatihah ............  semuga Roh Almarhum ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. AMIN.


Sumber : Arab News

No comments: