Friday, June 1, 2012

TYT Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob Dilantik Semula Sebagai Yang Di-Pertua Negeri Melaka

01.06.2012, Jumaat - Tahniah diucap kepada Yang Di-Pertua Negeri Melaka Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd. Khalil bin Yaakob kerana telah dilantik semula untuk tempoh empat tahun lagi sebagai yang Di-Pertua Negeri Melaka. Hari ini Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan mengurniakan surat lantikan sebagai Yang Di-Pertua Negeri Melaka kepada Tun Mohd Khalil dalam satu istiadat pengurniaan surat lantikan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka di Istana Negara hari ini.


TYT Tun Mohd Khalil dilantik buat pertama kalinya sebagai Yang Di-Pertua Negeri Melaka pada 04 Jun 2004 untuk tempoh empat tahun dan dilantik semula buat kali keduanya pada 04 Jun 2008 juga untuk tempoh  empat tahun. Dari Istana Negara, TYT kembali semula ke Melaka untuk menghadiri Majlis Mengangkat Sumpah Jawatan bagi penggal ketiga TYT sebagai Yang Di=Pertua Negeri Melaka.  Dalam majlis ini TYT telah menurunkan tanda tangan pada Surat cara Perlantikan dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi Melaka, Datuk Halijah Abas,  Turut serta dalam majlis yang diadakan di Seri Negeri adalah Isteri Kepada TYT Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Yang Amat Berbahagian Toh Puan Datuk Seri Utama Dato' Zurina binti Kassim


Sumber :- Bernama

No comments: