03.06.2012, Ahad - Shukur Alhamdulillah siap juga kerja-kerja Syah petang tadi walaupun tidaklah sempurna 100 peratus. Biasalah kerja mana akan habis kerana siap satu 10 menunggu tetapi target yang sepatutnya Syah siapkan tercapai sebelum Syah masuk hospital esok. Setelah selesai Syah hantar e-mail kepada Boss Syah mengenai kerja-kerja yang Syah sudah siapkan untuk tindakan beliau seterusnya. Semalam jam 19:00hrs Syah balik kerja dan bawa some of the document ke KL Residence untuk disiapkan dan sambung semula pagi tadi. Syah keluar office hari nie jam 17:15hrs dan terus ke Citibank untuk bayar credit card sebab duenya esok. Syah sampai KL Residence jam 19:00hrs dan terus makan ubat untuk clearkan my bowel untuk procedure esok.
Maaf yer Syah tak sempat nak update blog seperti biasa dan dua tiga hari nie nanti Syah akan berada dihospital dan maaf sekali lagi kepada semua sebab tak dapat nak update blog seperti biasa, tengoklah macam mana nanti jika keadaan mengizinkan Insyallah Syah update blog jika tiada entry means Syah tak dapat berbuat demikian. Harap doakan agar Syah sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit yang serious.
Gambar kat atas tu gambar semalam Syah dinner dengan anak saudara Syah, Haziq. Haziq belanja Syah, Muss dan Cd makan di Seoul Garden berhampiran KL Residence kami. 1st time makan kat sini dan ada steamboat dan grill secara buffet, oklah......... sedap juga sebab ada grill tu. RM200 tak silap Syah untuk empat orang, sekali-sekala tak apa dan thanks Haziq belanja uncle. Petang semalam Muss fetch Syah dioffice untuk makan steamboat di area Sunway tetapi biasalah hari Sabtu full house dan kami akhirnya makan kat area rumah jew. Pagi tadi Syah breakfast Oat dan Milo, Tengahari makan Roti Wholemil dan dinner pun makan roti juga before 18:00hrs sebab nak makan ubat yang doktor beri untuk procedur esok. Syah kena puasa malam nie hingga selesai procedure esok, cuma boleh minum air sahaja.
Ok semua ............ hingga berjumpa lagi dilain entry, Insyallah......... dan jangan lupa doakan Syah yer.
2 comments:
Semoga Syah tabah menghadapi dugaan Allah. Insya Allah semuanya akan ok. Do take care.
Terima kasih Zul
Post a Comment