09.06.2012, Jumaat - Semalam 08 Jun genaplah 34 tahun kemangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja Di-Hilir Perak Almarhum Raja Ekram ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah. Al-Marhum merupakan kekanda kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dari bonda yang berlainan. Bonda Almarhum adalah Raja Perempuan Perak Almarhumah Raja Perempuan Ta'ayah. Almarhum diputerakan di Bandar Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Almarhum mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu di Bukit Chandan mulai tahun 1931 hingga 1936 sebelum menyambung pendidikan di Malay College Kuala Kangsar atau MCKK.
Almarhum dilantik sebagai YTM Raja Kecil Bongsu Perak Darul Ridzuan pada tahun 1948 ketika berusia 26 tahun. Pada Tahun 1953 ketika berusia 31 tahun Almarhum dilantik sebagai YTM Raja Kecil Tengah Perak Darul Ridzuan dan 3 tahun kemudian sebelum kemerdekaan dilantik sebagai YTM Raja Kecil Sulong Perak Darul Ridzuan pada 21 Jun 1956 dalam usia 34 tahun. Pada 01 Ogos 1962 Almarhum dilantik sebagai YTM Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan dalam usia 41 tahun dan enam bulan kemudian dilantik sebagai Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan pada 01 Ogos 1963 dalam usia 42 tahun.
Almarhum berkahwin dengan Raja Nor Ema ketika menjadi Raja Kecil Besar Perak pada 10 May 1963 ketika berusia 41 tahun dan Raja Nor Ema ketika itu baru berusia 17 tahun. Almarhum yang diputerakan pada tahun 1922 mangkat di Istana Raja Di Hilir Perak pada 08 Jun 1978 lebih kurang jam 15:30hrs dan meningalkan seorang suri DYAM Raja Puan Muda Raja Nor Ema binti Raja Muhammad Zulkifli. Almarhum dimakamkan di Makam Diraja Al-Gufran (Makam Diraja Perak) dengan penuh adat istiadat diraja Perak sebagai seorang Raja Bergelar. Raja Puan Muda Raja Nor Ema sekarang menetap di Ipoh, Perak.
Al-Fatihah kepada Almarhum Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan Raja Ekram semuga roh baginda ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal solleh. Amin.
Nota :- Entry dibuat diatas katil Assunta Hospital, PJ

1 comment:
Salam, nk tnya...almarhum tidak mempunyai cahaya mata ke.apa namanya ye
Post a Comment