Thursday, June 28, 2012

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Ke-229 Berakhir Hari Ini

28.06.2012, Khamis - Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-229 yang bermula semalam berakhir hari ini di Istana Negara.  Mesyuarat hari kedua ini dipengerusikan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir.  Mesyuarat kali ini dihadiri oleh semua raja-raja Melayu dan Yang Di-Pertua Negeri -Yang Di-Pertua Negeri kecuali Kedah yang diwakili oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah YTM Dato' Seri Utama Tunku Annuar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah. dan Pahang oleh DYTM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.  Turut mengiringi Yang di-Pertuan Agong adalah Perdana Menteri yang amat kita kasihi Datuk Seri Najib Tun Razak, Raja-Raja diiringi oleh  Menteri Besar masing-masing manakala Yang Di-Pertua Negeri-Yang Di-Pertua Negeri diiringi oleh Ketua Menteri masing-masing.


Mesyuarat hari ini telah diberi taklimat terkini mengenai isu pertahanan negara oleh Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin manakala taklimat berhubung isu keselamatan negara disampaikan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismal Omar.  Mesyuarat  juga membincangkan mengenai agama dan beberapa perlantikan seperti perlantikan hakim-hakim Mahkamah Rayuan.


Sumber :- Bernama

No comments: