Monday, June 25, 2012

Sabak Bernam dan Raja Hitam

25.06.2012, Isnin - Malam Jumaat lepas Syah balik ke kampung Syah di Sabak Bernam bersama my brother Mus, anak saudara Haziq dan Cd. Sabak Bernam nie merupakan satu daerah dalam negeri Selangor yang bersempadan dengan Negeri Perak yang dipisahkan oleh Sungai.  Syah dilahirkan di Perak dan dibesarkan di Selangor.   Untuk makluman anda, Sabak Bernam dan Ulu Bernam adalah dua tempat yang berbeza tau? Mengikut sejarahnya nama Sabak Bernam ini diambil sempena dari enam orang yang bersahabat yang mula-mula meneroka kawasan ini.  Sahabat-sahabat ini terdiri daripada lima lelaki dan seorang perempuan.

Pada mulanya mereka menghadapi berbagai kesukaran ketika mudik dihulu Sungai Bernam kerana tanah dikiri dan kanan sungai sentiasa dinaiki air kecuali disatu kawasan tinggi yang berbusut.  Mereka telah ke kawasan berkenaan dan mendirikan pondok serta memasak menggunakan tungku yang diperbuat dari tanah liat dan mempunyai lubang ditengahnya untuk dimasukkan kayu api. Kawasan penempatan mereka ini di Kuala Sungai Bernam yang sekarang dikenali sebagai Sungai Lang. Dapur itu  bolehlah dikatakan seperti dapur orang memasak nira kelapa untuk membuat gula kelapa/gula. Dapur ini ketika itu dikenali sebagai Sabak. Itulah sebabnya nama kawasan berkenaan dinamakan Sabak Bernam iaitu dapur yang dipunyai oleh sahabat berenam ini.

Mengikut ceritanya selepas enam sahabat ini meninggal dunia, datanglah seorang bernama Raja Unos ke kawasan ini dan memerintah Sabak Bernam bersama Raja Ali serta membina sebuah kota di Seberang Perak iaitu Kampung Kota, Hutan Melintang, Perak.  Tempat ini ada lagi sehingga sekarang dan Syah dilahirkan dikawasan Hutan Melintang ini kerana keluarga bonda Syah menetap di sekitar kawasan berhampiran Kampung Kota. Raja yang memerintah ini bertaraf Sultan dan mempunyai lima orang putera iaitu Raja Hitam, Raja Indot, Raja Mat Aris, Raja Abidin dan Raja Nordin.  Selepas Raja Unos mangkat, ianya digantikan oleh Raja Mat Aris yang bersemayam di Kampung Kota manakala Raja Hitam memerintah Sabak Bernam dan melantik Raja Indut sebagai hakim dan  mendirikan Istana di Sabak Bernam. 

Istana itu didirikan berhampiran kawasan Muzium Pertanian Sabak Bernam sekarang iaitu berhadapan dengan Sungai.  Dahulu kawasan ini didirikan rumah Pegawai Daerah Sabak Bernam tetapi telah diruntuhkan dan menjadi kawasan lapang sekarang. Kemudiannya datang seorang inggeris bernama Tuan Rogers mengarahkan agar Raja Hitam menyerahkan kuasanya ke Selangor dan telah mendapat tentangan dari Raja Hitam tetapi akhirnya Raja Hitam terpaksa akur dengan kehendak Tuan Rogers dan Sabak Bernam menjadi jajahan dalam negeri Selangor hingga hari ini.

Pada hari sabtu lepas Syah menziarahi makam bonda dan adinda Syah Almarhumah Soadah Al-Hajjah dan Almarhum Abdullah di Tanah Perkuburan Diraja Kampung Kota dan di kawasan perkuburan ini jugalah terletaknya Makam Raja Hitam dan kerabat-kerabatnya.  Syah sempat menziarahi makam Raja Hitam seperti gambar diatas manakala gambar ditengah adalah pintu masuk ke tanah perkuburan manakala disebelah ini adalah makam bonda dan adinda Syah yang mangkat pada 1968 sewaktu melahirkan adinda Syah. Mana-mana keturunan Raja Hitam di Sabak Bernam yang meninggal dunia akan dimakamkan ditanah perkuburan ini begitu juga sesetengah keturunan  Syed di Sabak Bernam dan penduduk sekitar Kampung Kota juga dikebumikan di sini. Al-fatihah kepada Almarhumah Bonda Soadah Al-Hajjah dan Almarhum Abdullah, Almarhum Raja Hitam serta penghuni Tanah Perkuburan Diraja Kampung Kota semuga roh mereka ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.  Amin.

7 comments:

bOnda said...

Salam Syah..
my x-hubby org Sabak Bernam and alhamdulillah saya dapat faham sikit2 bahasa Jawa walau hanya 6 tahun usia perkahwinan kami.. :(

-bOnda cOmel lOte-
*dulu penah ada blog tp my ex dah tutopkan. rajinkan dia? huhuhu*

Anonymous said...

salam Syah..
saya orang daerah sabak bernam pun x tau pasal sejarah raja hitam tu..hehe.. nice story to know..

Anonymous said...

salam syah sejarah raja sabak bernam...raja hitam bin raja unos bin raja usoh bin sultan ibrahim..dulu makam raja hitam di seberang sabak berdekatan pokok berhampiran sungai di sebelah tapak pawagam lama..namun di pindahkan ke kg kota.dan tak semua raja raja yang dimakamkan di situ di pindahkan..sekarang ni tapak tu dah tak ada tanda nisan.semua dah di cabut...

Anonymous said...

raja hitam adalah anak saudara kepada sultan abdul samad sebab raja unos kahwin dengan adik beradik sultan abdul samad...di sebelah makam raja hitam adalah makam raja kahar bin raja salim dan raja kechik bt raja salim...semasa permindahan jenazah raja hitam ke kg kota..ia di lakukan dengan penuh adat istiadat di mana jenazah diuruskan seperti jenazah yang baru meninggal..cuma terkilan jenazah yang lain tidak di pindahkan..kini waris waris tak dapat kesan makam tersebut contohnya makam raja salleh bin sultan ibrahim.....dari saya ..raja zulkarnain bin raja osman...

naja said...

siapa anak-anak Raja Hitam bin Raja Unos

arif hafidzin said...

Terima kasih atas info ini. Cuma nak tahu siapa anak raja hitam dan keturunan skrg

arif hafidzin said...

Terima kasih atas info ini. Cuma nak tahu siapa anak raja hitam dan keturunan skrg