Wednesday, June 20, 2012

Sultan Perak Tidak Pernah Keluarkan Watikah Kepada Mana-Mana Pihak Beri 'Ahli Diraja"

20.06.2012, Rabu - Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Abdul Puhat Mat Nayan dalam kenyataannya kepada Bernama pada hari ini memaklumkan bahawa Pejabat Sultan Perak tidak pernah mengeluarkan watikah atau surat kuasa kepada mana-mana pihak atau individu bagi membolehkan mereka memberi sijil keahlian "Ahli Diraja".  Kenyataan ini dibuat berikutan ada pihak tertentu baru-baru ini menawarkan lencana lambang negeri Perak dan Keanggotaan Ahli Diraja kepada orang awam. Beliau memaklumkan penggunaan lambang ini menyalahi undang-undang dan melanggar Enakmen Lambang-Lambang dan Nama-nama (Mencegah Penggunaan Yang Tidak Betul) 1966.

Tambah beliau lagi Enakmen ini dengan jelas mengariskan kawal selia berkaitan jata, panji-panji, cap mohor rasmi Sultan Perak, cap mohor kerajaan negeri, jata kerajaan, darjah kebesaran, lambang, pingat dan lencana yang diperkenankan oleh Sultan Perak. Iannya tidak boleh digunakan oleh sebarang individu kecuali mendapat kebenaran secara bertulis daripada pihak berkuasa negeri Perak. Beliau menasihatkan agar kita semua tidak terpedaya dengan membeli atau memperolehi Keahlian Diraja ini daripada mana-mana pihak sekalipun.

Sumber :- Bernama

No comments: