Sunday, June 17, 2012

Putera Mahkota Arab Saudi Mangkat

17.06.2012, Ahad - Putera Mahkota Nayef dilaporkan mangkat di Geneva, Switzerland akibat masalah jantung dikediaman saudaranya semalam 16.06.2012 jam 16:00hrs.  Almarhum yang berusia dalam lingkungan 78 tahun bukan sahaja merupakan Putera Mahkota Arab Saudi tetapi merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Arab Saudi.  Almarhum sebelum ini  dilaporkan berangkat keluar negara untuk bercuti dan melakukan pemeriksaan kesihatan. Istiadat permakaman dijangka diadakan dalam jangkamasa secepat mungkin. Almarhum dilantik sebagai Putera Mahkota pada Oktober tahun lepas menggantikan Almarhum Putera Mahkota Sultan yang mangkat di USA akibat kanser. Almarhum hanya sempat menjadi Putera Mahkota Arab Saudi dalam tempoh lapan bulan sahaja.  Dengan kemangkatan ini bermakna Raja Arab Saudi, Raja Abdullah bin Abdulaziz Al Saud terpaksa melantik Putera Mahkota yang baru dalam tempoh sembilan bulan ini. Takziah diucapkan kepada kerabat diraja Arab Saudi diatas kemangkatan ini. Putera Salman yang berusia 76 tahun dan merupakan Menteri Pertahanan Arab Saudi  dilihat sebagai calon terdekat sebagai Putera Mahkota Arab Saudi yang baru............ Wallahualam.


Al-Fatihah .....Semuga roh Almarhum ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amin


Sumber :- Bernama/Arab News/Wikipedia

No comments: