29.06.2012, Jumaat - Putera Mahkota Jepun, Crown Prince Naruhito telah mengadakan lawatan rasmi negara ke Thailand selama tiga hari bermula Isnin lepas bersamaan 25.06.2012. Keberangkatan tiba baginda dan rombongan telah diberikan sambutan negara oleh Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawarta. Pada lewat petangnya baginda telah mengadap Raja Thailand, King Bhumibol Adulyadej dan Permaisuri Thailand, Queen Sirkit di Istana Chitralada, Bangkok. Keesokan harinya pula baginda berangkat ke Ayutthaya untuk melawat Pusat Kajian Sejarah dan Bandar lama tinggalan Jepun. Dalam masa yang sama, baginda juga mengadakan pertemuan dengan ahli perniagaan Jepun yang berada di Thailand serta warga Jepun yang berada di negara gajah putih ini. Baginda dan rombongan berangkat pulang pada hari Rabu bersamaan 27.06.2012.
Sumber : News Summary
No comments:
Post a Comment