19.06.2012, Selasa - Salam semua dan apa khabar. Syah masih lagi dalam MC hingga Jumaat ini. Keadaan Syah semakin ok tetapi ada masanya terasa sedikit sakit bahagian bawah tu. Insyallah sudah hendak baik dan Syah kena jaga makan kerana ada masalah sembelit pada setiap awal buang air besar. Syah makan pati ikan haruan sekarang nie untuk pulihkan operation syah tu. By the way gambar Syah pegang majalah NONA nie sebab happy sangat dapat beli majalah nie dan Syah belipun because of Che Puan Azrinaz jadi cover dan Syah akan simpan di MBS Mini Royal Library Syah.
Actually masa keluar hospital hari tu minta Kak Lang Ella carikan kat area Ampang tetapi tak ada jadi pada Jumaat lepas Syah ada appointment susulan dengan Assunta Hospital dan lepas balik dari hospital Syah singgah KLCC untuk Solat Jumaat di As-Syakirin dan on the way tu singgah kedai majalah cari NONA dan shukur Alhamdulillah ada dan Syah beli satu dengan harga RM 11.90.
Pagi tadi Syah ke Pekan Rawang bayar bill elektrik Rawang Residence dan phone KL Residence. Lepas tu ke pasar beli keperluan dapur dan singgah Farmasi beli pati ikan haruan sebelum balik ke Rawang Residence naik bas jam 11:30hrs. Rasa sakit sedikit jew mungkin bas tu melompat-lompat kot? Hehehehe ...............Lunch tadi masak sup tahu dan fish ball yang dimakan dengan Oat campur carrot. Lepas tu makan ubat dan petang tadi makan roti dan buah pelam. Malam nie tak tahu nak makan apa? Oklah semua hingga berjumpa lagi dilain entry .............
No comments:
Post a Comment