Lepas solat Syah beli Rotiboy untuk kami semua dirumah dan terus tunggu bas Metro 79 dihadapan KLCC untuk balik ke Taman Seri Bayu. Syah sampai rumah hampir jam 15:30hrs dan penat betul rasanya. Rehat sekejap makan kuih sagu dan lepas tu masak Haruan Pindang dan Syah ratah sahaja dan hirup kuahnya. Lebihan tulang tu Syah kasi kat kucing belakang rumah. Jam 17:15hrs tadi Syah, Kak Lang Ella, Firdause dan Bonda Ejone fetch Ku Chik disekolah Agamanya. Kiranya ini adalah last activity Syah di Ampang. Jam 18:10hrs tadi Azam balik dan bawa goreng pisang dan sukun untuk minum petang. Malam nanti kami semua akan ke Rawang Residence dan tidur disana kerana esok pagi akan balik ke kampung dan mesti sampai sebelum jam 12:00hrs kerana hendak ambil ubat Bonda Ejone di Hospital Tengku Ampuan Jemaah.
Ok lah sehingga berjumpa lagi dilain Entry. Maaf yer hari ini busy sangat dan tak dapat update blog mengenai raja-raja. Sehiungga berjumpa lagi yer .................
No comments:
Post a Comment