Saturday, June 30, 2012

Raja Isteri Hadiri Majlis Berinai Pengiran Nafee'

30.06.2012, Sabtu - Pada malam Khamis lepas KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha telah berkenan menghadiri Majlis Berinai sempena perkahwinan anakanda saudara Sultan Brunei, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Nafee' bin Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris  dengan pasangannya Yang Mulia Pengiran Hajah Yura Halimatussa'adah binti Pengiran Haji Yura Perkasa. Majlis ini merupakan sebahagian daripada sepuluh upacara sempena perkahwinan diraja ini.  Mempelai merupakan putera kepada adinda Sultan Brunei, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam dan suaminya Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar. Majlis diadakan di Baitun Na'aim, Jerudung.


Sumber : Media Permata Online

No comments: