Friday, January 13, 2012

YAM Tunku Tun Maimunah Almarhum Sultan Ismail Mangkat

13.01.2011, Jumaat - Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Dukacita dimaklumkan bahawa YAM Tunku Tun Maimunah binti Almarhum Sultan Ismail telah mangkat pagi tadi lebih kurang jam 04:01hrs dalam usia 72 tahun. Almarhumah mangkat dikediamannya di Bukit Gedung, Jalan Abdul Samad, Johor Baharu, Johor. Syah sempat menelefon ke kediaman Almarhumah sebentar tadi dan dimaklumkan Jenazah kini berada dikediaman beliau dan akan dimakamkan selepas Solat Jumaat nanti di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Baharu Johor. Ini adalah gambar Almarhumah bersama salah seorang anakanda Sultan Johor, YAM Tunku Idris Iskandar. Tunku Idris dalam facebooknya mezahirkan kesedihannya :- Will miss you dearly my beloved grandaunt...Al-Fatihah.

Almarhumah dikatakan mengidap beberapa penyakit diantaranya paru-paru berair, jantung, kencing manis dan telah diserang mild stroke dan keadaan Almarhumah semakin membimbangkan semenjak 03.01.2012 lepas lagi. Almarhumah diputerikan pada 12.02.1939 dan mangkat hari ini 13.01.2012 iaitu sebulan sebelum sambutah kelahiran Almarhumah ke 73 tahun. Bonda Almarhumah adalah Sultanah Tun Aminah yang merupakan juga bonda kepada Almarhum Sultan Iskandar. Almarhumah berkahwin dengan sepupunya Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad yang merupakan Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor.

Al-Fatihah .......... Semuga Roh Almarhumah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. AMIN. Takziah diucapkan kepada suami Almarhumah, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad dan keluarga semuga tabah menghadapi dugaan ini.