Saturday, January 14, 2012

Ikan & Ayam Bakar, Rojak Buah dan Nasi Impit Kuah Kacang

14.01.2011, Sabtu - Hari nie Syah di rumah Kak Long di Bistari Jaya sebab nak tolong buat preparation perkahwinan anaknya Februari nanti. Pagi tadi dari rumah Kak Lang, Syah balik Rawang Residence sebab ada appointment pemasangan Astro Beyond dan kemudiannya ke Pekan Rawang bersama Mamat dan Wak Baha untuk beli cat dan survey tiles. Kami sampai ke rumah Kak Long jam 15:00hrs. Petang tadi plak Syah, Kak Long dan Iza ke Econsave Puncak Alam untuk beli keperluan dapur kerana Kak Long nak buat Ikan Bakar.



Juadah kami malam nie Ikan Bakar, Ayam Bakar, Rojak Buah, Nasi Impit dan Kuah Kaca. Masa tengah bakar ikan dan Ayam tadi, suami Kak Long, Abang Tooha busy sket sebab ada pesakit datang berubat. Abang Tooha adalah pengamal perubatan Islam - Arkine dan terjerit-jerit pesakitnya bile hendak dikeluarkan mahluk halus tue (jin). Yang kena rasuk tu ada bercakap lorat Cina pun ada. Hehehhe .............. lawaknya Syah tengok......... Kalau anda ada masalah dirasuk atau disihir, masalah saka dan seumpamanya bolehlah berubat dengan Abang Tooha untuk mendapatkan rawatan.

1 comment:

Anonymous said...

tramadol cheap tramadol online cod - purchase tramadol generic ultram