Monday, January 30, 2012

Raja Muda Perlis di New Zealand Promosikan UniMAP

30.01.2012, Isnin - Hari ini Raja Muda Perlis dan juga merupakan Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin berada di Christchurch, New Zealand bagi mempromosikan UniMAP kepada warga New Zealand. Baginda dan rombongan berada di New Zealand selama lima hari dimana baginda akan melawat Universiti Canterbury, Christchurch dan Universiti Otago di Dunedin. Disamping itu akan diadakan juga promosi masakan Perlis di Christchurch dan Dunedin bagi menarik minat mereka berkunjung ke Perlis Indera Kayangan.

Turut mengiringi baginda adalah DYTM Raja Puan Muda Perlis yang merupakan Pro Canselor UniMAP, Naib Canselor UniMAP Prof Dato' Dr Kamarudin Hussin, Pengerusi Puspanita UniMAP Datin Noridah Yangman serta 29 anggota Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniMAPS. Para pemimpin pelajar dibawa bersama bagi memberikan pendedahan kepada mereka untuk berinteraksi dengan pelajar New Zealand bagi menarik minat mereka melanjutkan pelajaran di UniMAP.

Syah mendoakan semuga misi pada kali ini akan membawa hasil yang positif kepada UniMAP dan Negeri Perlis Indera Kayangan. AMIN.

Sumber : Bernama

No comments: