06.01.2011, Jumaat - Sekarang jam 22:35hrs dan Syah berada di KL Residence sebab tu boleh update blog malam nie. Rawang Residence macam biasalah entah bila tahunnya streamyx dan line telefon nak ok. Syah tidur di KL Residence sebab esok Syah ada Program TM Goes Green di Seremban dan kena ada depan office jam 07:00hrs untuk ke Seremban. Petang kami akan balik semula ke KL. Syah dan Kak Rose serta beberapa orang lagi ditugaskan untuk menanam pokok di Taman Temadun Islam tak silap Syah dan yang lain-lainnya pula telah ada program yang diatur mengikut kumpulan. Dapatlah baju-T Bumiku Hijau yang diwajibkan sebagai busana kami esok. Hehehhehe..................... Boleh?
Malam Rabu hari tu Syah gunting rambut dan bercukur dengan Putu, kedai gunting India kat Rawang Residence Syah. Kena caj RM10.00 jew.... ok tak....... Pagi tadi bas tak ada dan Syah jalan kaki sampai jalan utama. Berbalik cerita KL Residence tadi, Syah sampai rumah selepas waktu Maghrib. Mus dan Cd tak ada kerana tidur rumah Kak Ngah Faziah di Ampang dan yang menyambut Syah dua ekor kucing hitam si Noami dan Blackie manakala Hamster yang semakin tembam tu ada dalam sangkar dibiliknya.
Nampak tak Syah yang semakin tembam dan sebenarnya semenjak 01.01.2012 hari tue Syah dah start Diet. Pagi Syah makan Horlic atau Nestum dan tengahari Syah makan betik dan roti ikan bilis dan tengahari tadi Syah makan kacang kuda. Dalam bas masa balik ke Rawang Syah makan roti ikan bilis seketul atau jagung. Malam pula Syah tak makan dan akan ambil makanan nutrisi Herbalife yang memang ada dalam simpanan Syah yang dah lama tak makan. Malam nie Syah makan kacang yang Syah jumpa kat dapur dan tak ambil makanan nutrisi tu sebab ada di Rawang Residence. Mudah-mudahan menjelang majlis perkahwinan anak saudara Syah Februari nanti dah slim sket.........
Malam nie tak ada apa nak buat dan Muss plak tak ada di rumah. Baru jenguk si Hamster jap tadi dalam bilik dia manakala Noami dan Blackie tidur kat mini bar. Ingat nak jalan-jalan kat Uptown depan KL Residence Syah nie tetapi malas pulak hendak keluar. So mentenet jer lah kat KL Residence, lepaskan gian mentenet sambil menonton Astro dalam bilik Syah di KL Residence.
Ahaks ................
No comments:
Post a Comment