Monday, January 23, 2012

Sultan Brunei Hadiri Regata Brunei Darussalam 2012

23.01.2012, Isnin - Semalam Sultan Brunei KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Kerabat Diraja Brunei telah mencemar duli memeriahkan Regata (Perlumbaan Perahu) Brunei Darussalam 2012. Keberangkat tiba baginda dan kerabat diraja Brunei ke Waterfront Bandar Seri Bagawan untuk menyaksikan acara ini pada tengahari semalam disambut oleh Menteri Dalam Negeri, Pehin Udana Khatib Dato' Paduka Seri Setia Ustaz Hj Badaruddin Pengarah Dato Paduka Hj Othman dan Timbalannya Pehin Datu Lailaraja Major General (B) Dato Paduka Seri Hj Halbi Hj Mohd Yusoff.

Acara dimulai dengan Lumba Khas 15 orang Pekayuh yang merupakan acara kemuncak dimana Tuanku Sultan dan Kerabat Diraja Brunei mengambil bahagian. Tuanku Sultan mengetuai Regata Brunei Darussalam Comittee Team, DYTM Pengiran Muda Mahkota mengetuai Permanent Secretaries and Deputy Permanent Secretaries Team, Pengiran Muda Mohamed Bolkiah mengetuai Pehin-Pehin Bergelar Team manakala Pengiran Muda 'Abdul Malik mengetuai Mukim Penghulu and Village Head Team. Perlumbaan ini dimenangi oleh pasukan Pengiran Muda 'Abdul Malik manakala tempat kedua Kumpulan Tuanku Sultan dan ketiga kumpuln Pengiran Muda Mahkota dan tempat terakhir adalah kumpulan Pengiran Muda Mohamed Bolkiah.

Setelah perlumbaan khas ini tamat, Tuanku Sultan dan Kerabat Diraja berangkat ketempat khas bagi menyaksikan acara pertandingan seterusnya. Diantara acara yang dipertandingkan dalam Regata Brunei Darussalam 2012 ini adalah pertandingan perahu pekayuh bagi 25 orang (terbuka), pertandingan Je Ski 1200cc, pertandingan motor bot (terbuka), pertandingan perahu pekayuh bagi 20 orang diantara kementerian dan perlumbaan motor bot F1 (12 pusingan) manakala acara terakhir maraton perahu pekayuh bagi 30 orang telah dilepaskan oleh Tuanku Sultan di Kuala Kampung Lumapas. Setelah tamat kesemua acara, Tuanku Sultan telah berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan,

Terdahulu pada sebelah paginya DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah telah berkenan melepaskan perlumbaan perahu Pekayuh Tempatan bagi 15 orang . Pengiran Muda Mahkota kemudiannya menaiki bot khas bagi menyaksikan sendiri perlumbaan tersebut dari dekat. DYTM Pengiran Muda Mahkota diiringi oleh adindanya YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik. Sebanyak 10 kategori pertandingan diadakan pada sebelah pagi ini dan Pengiran Muda Mahkota telah berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Regata Brunei Darussalam 2012 ditaja oleh Kementerian Dalam Negeri dengan sokongan daripada ajensi-ajensi kerjaan lainnya seperti Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Pasukan Polis Diraja Brunei dan Jabatan Pengangkutan Darat Brunei. Regata ini merupakan upacara tahunan di Brunei bagi mengembalikan semula kegemilangan sukan tradisional Brunei ini kepada genarasi baru disamping memeriahkan pemandangn Bandar Seri Bagawan dan menambahkan aktiviti ekonomi penduduk. Pada tahun ini terdapat sedikit penambahan dalam Regata Brunei Darussalam 2012 dimana dimasukkan pertandingan bot lumba selain daripada perahu seperti kelazimannya.

Sumber :- The Brunei Times

No comments: