01.01.2012, Ahad - Syah hendak berkongsi dengan anda semua mengenai teks Titah ucapan Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 2012. Ini sajalah buah tangan pertama Syah mengenai entry raja-raja bagi tahun 2012 kerana tak sempat nak buat entry dirumah kerana masalah Internet. Selepas Asar nanti Syah nak berangkat pulang ke Rawang Residence Syah.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillahir Rahmanir Rahim
Alhamdulillahi Rabbil 'Alameen, Wabihee Nasta'eenu 'Alaa Umuriddunyaa Waddeen, Wassalaatu Wassalaamu 'Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa'alaa Aalihee Wasahbihee Ajma'een, Waba'du.
Baru sahaja lebih sebulan kita melangkah ke dalam Tahun Baru Hijrah 1433, dan kini, dengan izin Allah Subhanahu Wata'ala, kita memasuki pula Tahun Baru Masihi 2012.
Sewajarnyalah kita wajib bersyukur di atas rahmat Allah kepada kita berupa umur panjang dan keamanan negara.
Keamanan itu tidak ternilai harganya. Ia bukan saja patut disyukuri malahan juga mesti dipelihara. Memelihara keamanan adalah tanggungjawab semua. Pembangunan tidak ada ertinya tanpa keamanan. Kerana keamananlah satu-satu pembangunan itu dapat berjalan dengan lancar tanpa gangguan. Sebaliknya jika tidak ada keamanan, semua pembangunan boleh tergendala dan gagal.
Kita melangkah ke tahun baru dengan azam, untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan jika ada, disamping bersedia menghadapi cabaran-cabaran mendatang yang pasti wujud.
Sama ada cabaran itu bersifat dalaman atau global, kedua-duanya perlu dihadapi dengan penuh kebijaksanaan dan lapang dada.
Contoh satu cabaran besar, apabila beberapa bulan yang lalu, dunia telah dikejutkan oleh satu berita tentang hutang yang amat tinggi bagi sebilangan negara-negara maju. Impaknya, turut menjadikan ekonomi dan kewangan global semakin meruncing.
Kadar hutang yang tinggi dan diluar kemampuan, bukan saja menjejaskan pertumbuhan sesebuah negara, malahan juga mampu menggugat ekonomi global. Banyak negara, termasuk negara-negara di rantau ini, turut mengalami kesannya.
Ini, jika berlarutan, boleh saja turut menjejaskan ekonomi kita sendiri yang lebih bergantung kepada industri minyak dan gas.
Kerana itu, Beta dengan tidak jemu-jemunya mengingatkan, supaya kita melipatgandakan lagi usaha kearah mempelbagaikan ekonomi negara.
Pada tahun 2012 ini, insya Allah, kita akan mengukuhkan lagi usaha-usaha kearah itu, melalui Rancangan Kemajuan Negara ke-10 (RKN ke-10) yang akan bermula pada 1 April 2012.
Salah satu fokusnya nanti ialah untuk mewujudkan suasana perniagaan yang lebih kondusif supaya sektor swasta akan dapat berkembang dengan lebih cepat dan mudah.
Oleh itu, Beta berharap, kita akan lebih komited untuk melaksanakan inisiatif-inisiatif dan projek-projek di bawah RKN ini, terutamanya dalam pemberian perkhidmatan kepada orang ramai.
Ini adalah tanggungjawab kita semua untuk memikulnya dengan penuh kesungguhan. Dengan adanya pencapaian kita di dalam bidang-bidang yang penting, maka sudah barang tentu, negara dan rakyat akan dapat mengekalkan kehidupan yang makmur dengan izin Allah.
Disamping itu, jangan pula lupa, turut menjadi kunci kestablilan dan kemakmuran ialah amalan "berjimat cermat". Sikap berhemat dalam berbelanja, sama ada di peringkat kerajaan, rumah tangga mahupun individu adalah tonggak survival ekonomi negara. Kerana itu, berbelanja besar di luar kemampuan adalah satu tragedi pahit.
Oleh itu, tidak ada pilihan lain dari mengawal dan mengelakkan apa jua jenis pembaziran, termasuk ke atas kemudahan-kemudahan yang diberikan subsidi, seperti tenaga.
Penguatkuasaan tariff eletrik yang baru akan bermula esok. Ia perlu mendapat sokongan daripada kita semua sebagai langkah mengawal pembaziran.
Penjimatan tenaga, akan secara langsung mengurangkan kadar penggunaan minyak dan gas tempatan, yang juga akan membolehkannya lebih banyak untuk ekspot dan industri hiliran bagi meningkatkan lagi pendapatan negara dan juga peluang pekerjaan.
Dalam aspek sosial, Kerajaan Beta juga akan terus memberikan perhatian kepada program-program pembangunan, seperti perumahan, kesihatan dan keselamatan makanan.
Di bidang kesihatan, Beta sangatlah mengambil berat tentang peningkatkan penyakit-penyakit tidak berjangkit, seperti kencing manis, darah tinggi, buah pinggang, kanser dan sakit jantung.
AKhir-akhir ini, Beta sangat bimbang terhadap dapatan-dapatan kajian yang menunjukkan terdapat peningkatan obesiti di negara ini. Ini adalah petanda adanya amalan kehidupan yang tidak seimbang.
Marilah sama-sama kita membina azam untuk lebih berdisiplin dalam menjaga kesihatan, khasnya dalam perkara memilih makanan sihat, menghindari rokok dan rajin beriadhah.
Sebagai sebahagian dari proses pendidikan dan pembinaan disiplin diri, Kerajaan Beta telah meluluskan Program Khidmat Bakti Negara untuk para belia.
Program ini dilaksanakan secara berperingkat, bermula dari skala kecil, bagi mempastikan kemajuannya adalah teratur.
Di arena antarabangsa, Beta gembira negara kita akan menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak ASEAN pada tahun 2013. Dengan demikian, pada tahun 2012 ini, kita kenalah mempastikan persiapan awal untuk menjayakan mesyuarat yang penting itu.
Akhir sekali, Beta sukacita merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peringkat pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam, pasukan-pasukan keselamatan dan juga kepada mereka yang berkhidmat di sektor swasta di atas segala usaha melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
Di kesempatan ini juga, Beta dan keluarga Beta tidak lupa mengucapkan Selamat Tahun Baru Masihi 2012 kepada seluruh rakyat dan penduduk, semoga kita dan negara akan terus mendapat rahmat dan pemeliharaan Allah subhanahu Wata'ala. Amin.
Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sumber : Information foto/Information Department Pressroom
No comments:
Post a Comment