Thursday, January 5, 2012

Pewaris Kedua Monaco Hadapi Masalah Undang-Undang Jalanraya di Perancis

05.01.2012, Khamis - Baru-baru ini Prince Andrea Casiraghi yang merupakan anak saudara kepada Prince of Monaco, His Serene Highness Prince Albert dilaporkan menghadapi masalah undang-undang jalanraya di Perancis kerana memandu 200km/jam melebihi hadlaju yang dibenarkan menyebabkan selepas kejadian itu lesen memandunya ditahan untuk tempoh 5 bulan dan kereta Audinya ditunda dan beliau terpaksa meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju menggunakan keratapi. Andrea merupakan anak lelaki sulung His Royal Highness Princess Caroline of Monaco dan merupakan pewaris kedua tahta Monaco.

Beliau berusia 27 tahun dan merupakan seorang pelajar dijangka akan menghadapi tindakan undang-undang yang akan mengikabatkan lesen memandu beliau ditahan untuk tempoh tiga tahun dan ditegah daripada memandu beberapa jenis kenderaan jika disabitkan dengan kesalahan berkenaan. Beliau sekarang sedang menyambung pelajarannya (master degree) di Universiti of Barcelona dan kerap dilihat dalam majlis-majlis rasmi. Pemerhati berpendapat kemungkinan kerajaan Monaco akan mengadakan rundingan diluar mahkamah untuk menangani masalah ini bagi mengelakkan iannya diperbesar-besarkan oleh pihak Media.

No comments: