Tuesday, January 31, 2012

Pengiran Muda 'Abdul Wakeel Melawat Masjid Jame Asr'Hassanal Bolkiah

31.01.2012, Selasa - Semalam, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah telah berkenan berangkat ke Masjid Jame Asr'Hassanal Bolkiah di Kampung Kiarong bagi lawatan rombongan sekolah beliau iaitu Jerudung International School atau lebih dikenali sebagai JIS. Pengiran Muda 'Abdul Wakeel yang diputerakan pada 01.06.2006 jam 12:43hrs merupakan putera kepada Sultan Brunei dan bekas isteri baginda Azrinaz Mahzar Hakim Mazhar. Masjid ini dibina pada 1988 diatas tanah seluas 20 ekar dan dirasmikan oleh Baginda Sultan Brunei pada 14.07.1994 sempena perayaan 25tahun pemerintahan baginda.

Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Kiarong kerana lokasinya di Kampung Kiaorang kira-kira 4km dari Bandar Seri Bagawan dan merupakan masjid terbesar dan tersohor di Brunei Darussalam dengan kubah bersadur emas. Masjid ini boleh memuatkan kira-kira 5000 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan kemudahan seperti perpustakaan, blok pentadbiran, dewan persidangan dan seumpamanya. Waktu melawat masjid ini adalah diantara jam 08:00 - 12:00hrs, 14:00 - 15:00hrs dan 20:00 - 21:30hrs kecuali hari Jumaat waktu lawatan sebelah petang bermula jam 16:30 - 18:00hrs. Bagi orang-orang Islam yang beribadat tidak tertakluk kepada jadual waktu lawatan ini dan pelawat-pelawat bukan Islam tidak dibenarkan membuat lawatan sewaktu majlis hari-hari kebesaran Islam, keugamaan dan kenegaraan diadakan. Jika anda melawat Brunei jangan ketinggalan untuk ziarah ke Masjid tercantik di Brunei ini.

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei / Wikipedia

1 comment:

mama ju said...

Assalammualaikum

Terimakasih. Mama suka cerita raja2. Mama dah link blog ni. Menarik dan tahniah!