18.01.2012, Rabu - Al-Fatihah ............... kepada Nenda Saudara yang amat Syah kasihi iaitu Almarhumah Sadu Al-Hajjah binti Almarhum Abdul Rahman Sendeng Al-Haj. Almarhumah meninggalkan kami semua pada 18.01.1995 dalam usia 89 tahun dan kami mengelarkannya sebagai Marhum Bunian. Almarhumah berkahwin dengan Allahyarham Ismail nadan dan kemudiannya berpisah dan dikurniakan seorang puteri bernama Che' Umi Kalsom dan kemudiannya meninggal dunia semasa berusia 12 tahun. Almarhumah tinggal bersama-sama Nenda Syah yang merupakan adinda Almarhumah. Perhubungan diantara kami memang rapat terutamanya Syah yang begitu menyayangi dan mengambil berat mengenai Almarhumah. Almarhumah merupakan seorang yang kuat ingatan walaupun hingga ke akhir hayatnya. Almarhumah juga seorang yang suka berdandan tak kira samada di dalam atau luar rumah. Satu perkara yang kami suka adalah setiap malam sewaktu kami kecil Almarhumah suka bercerita kepada kami terutamanya cerita Pak Pandir dan lain-lainnya. Almarhumah mangkat kerana sakit tua.
Al-Fatihah ................ Semuga Roh Almarhumah Sadu Al-Hajjah binti Almarhum Abdul Rahman Sending Al-Haj ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amin.
No comments:
Post a Comment