Thursday, January 19, 2012

Bekas Istana Negara Bakal Dijadikan Pusat MICE

19.01.2012, Khamis - Semalam Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng YenYen dalam kenyataannya kepada Bernama memaklumkan bekas Istana Negara di Jalan Perdana bakal dijadikan pusat mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (MICE). Cadangan ini telah dipersetujuai oleh jemaah menteri dalam mesyuarat yang diadakan semalam. Sebuah jawatankuasa akan ditubuhkan terdiri daripada Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) untuk menilai dan mengkaji cadangan ini. Wakil dari MICE juga akan dipanggil untuk mengkaji perlaksanaan ini dengan menggunakan ruang makan dan dewan sedia ada untuk meminimumkan kos penyelenggaran.

Menurut beliau lagi, Datuk Seri Rais Yatim yang merupakan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan juga ada membuat cadangan menggunakan semula istana tersebut untuk menjaga sejarah negara. Kementerian berkenaan juga akan mengkaji untuk mewujudkan galeri serta muzium sebagai salah satu tarikan kepada pelancung. Manakala Kementerian Pertahanan telah bersetuju menempatkan semula pengawal keselamatan berkuda di pintu utama istana bagi menarik semula kehadiran pelancung yang menjadikan kawasan tersebut untuk mengambil gambar.

Datuk Seri Dr Ng berharap bekas Istana Negara ini akan menjadi satu produk pelancungan baru negara kita yang akan menarik perhatian pelancung untuk melawat negara ini serta mendalami sejarah Raja-Raja Melayu. Iannya dijangka menarik perhatian sejuta pelancung melawat bekas Istana ini.

Sumber :- Bernama

No comments: