Monday, January 9, 2012

Tuanku Hajjah Haminah di Majlis Graduasi MSU

09.01.2012, Isnin - Semalam Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajjah Haminah binti Haji Hamidon telah berkenaan menghadiri Majlis Konvokesyen ke-10 Management and Science University atau MSU di Shah ALam, Selangor. Dalam majlis ini seramai 647 graduan menerima diploma dan ijazah masing-masing termasuk 60 graduan sulong Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS). Program perubatan ini dijalankan di International Medical School (IMS), Kampus MSU Bangolore, India.

Dalam titahnya, baginda menzahirkan harapan agar kesemua graduan MBBS dapat berkhidmat di Malaysia dan menabur bakti kepada bangsa dan negara. Baginda juga berharap agar semua para graduan menyumbang kembali jasa mereka kepada MSU dalam pelbagai cara termasuk melalui alumni. Baginda juga berpuas hati dengan pembinaan kampus baru yang serba moden dan terkini dengan kos mencecah RM570 Juta, disiapkan secara berperingkat dimana fasa satu telah siap sepenuhnya, manakala fasa dua siap tahun ini dan fasa ketiga yang melibatkan pembinaan hospital dan asrama pelajar diijangka siap sepenuhnya pada 2013.

Uniknya konvo pada kali ini adalah dimana tujuh pasangan suami isteri menerima Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan. Kumpulan 60 pelajar MBBS ini juga merupakan graduan sulong MBBS yang mengikuti program berkenaan di kampus cawangan MSU di Banglore. Penerima Anugerah Pingat Emas Canselor pada majlis ini adalah Muhammad Fairuz Shah Abd. Karim merupakan pelajar MBBS. Gambar diatas menunjukkan Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun menyampaikan anugerah kepada Muhammad Fairuz.

Sumber : Utusan Malaysia

2 comments:

Impian Serikandi said...

Salam,
Syah~salam ukhwah.
Nak britau ni. Ada post2 citer Syah yg terkini menggunakan tarikh 2011.Sekrg ni dah tahun 2012 yea..

Tq :)

tengkusyah said...

Opsss............ tersasul nanti sat nak betulkan