05.01.2012, Khamis - Jam 10:25hrs tadi Syah terima panggilan telefon daripada juruteknik Telekom Malaysia mengenai talian Rawang Residence Syah yang sudah hampir seminggu tidak dapat diselesaikan masalahnya. Hari nie that guy tu inform nak masuk rumah pula dan Syah kata Syah tak ada. Dia hendak datang hari Sabtu tetapi Syah ada program TM di Seremban, Negeri Sembilan pada Sabtu nie. Kemudiannya dia nak buat appointment esok jam 10:00hrs dan Syah inform nak call saudara Syah, Azrin kerana dia ada kunci dan Syah kata akan call mereka semula. Dia jawab dia tak ada contact number untuk dihubungi. Syah beri dia nombor Azrin dan minta dia call Syah semula Syah kalau tak dapat Azrin untuk setupkan new appointment esok.
Tak lama kemudian Syah call Azrin dan Azrin inform tak ada sesiapapun call. Syah tunggu dia call semula untuk setkan appointment esok tetapi tak call plak. Terus Syah call talian kerosakan TM 100 dan mengamuk kat situ. Cerita apa masalahnya dengan pegawai berkenaan dan macam biasa mereka ambil note jer lah. Pening kepala Syah dah seminggu tak dapat dibaiki apa masalahnya. Patutlah banyak orang keberatan nak pakai fixed line sekarang nie. Yang Syah marah tu buka apa :-
- Syah report kerosakan pada hari Khamis 29.12.2011 dan Jumaat mereka datang. Mereka tinggalkan nota dan minta buat appointment dengan meninggalkan nombor telefon. Sehari suntuk call tak dapat kerana taliannya enggage. Kemudiannya Syah buat report baru.
- Sabtu 30.12.2011 staff TM datang dan buat inspection dengan memanjat tiang telefon dibelakang Rawang Residence Syah dengan pakai selipar jer. Mereka inform Syah tak ada line dan kalau macam nie katanya kabel putus atau dicuri orang.
- 01.01.2011 Syah terima message dari 62100 inform - your report has been attended. It will be resolve within the next 24hrs. Kemudiannya ada call dari TM inform mereka akan siasat perkara ini mungkin kabel putus.
- 02.01.2011 Syah terima SMS yang sama dari 62100.
- 03.01.2011 terima SMS dari 603 77299900 - Dear Customer, your connection has been restored. If you still have issue with your fixwd line/internet connection, kindlycall 100/1300888123. Balik rumah angkat telefon talian sunyi sepi.
- 04.01.2011 call semula 100 dan inform talian masih lagi tak ada.
- 05.01.2011 Technician call kata nak masuk rumah pula. Mengapa masa hari Sabtu tu mereka tak masuk rumah, bukannya senang nak ambil cuti sesuka hati.
Pening kepala dan maaflah dengan pegawai perhubungan pelanggan TM tu kerana Syah tinggikan suara bila bercakap dengan mereka kerana tak tahan sangat dengan masalah line telefon dan streamyx. Pernah sekali sakit hati rasanya bila Syah buat report kata line telefon tak ada mereka boleh tanya plak Internet ok tak? KAlau tak ada talian telefon macam mana streamyx nak jalan kan..................... Aduih .................... pening kepala dibuatnya.
Sebentar tadi staff 100 call Syah tanya ada tak technician call untuk appointment dan Syah kata tak ada. Mereka akan highlight kan perkara ini, katanya. Entah-entah technician tu tinggalkan nota lagi macam hari tu minta buat appointment baru dan bila call nombor tu enggage sepanjang masa.
No comments:
Post a Comment