Saturday, January 7, 2012

Tuanku Faizuddin Putra Berada Di Melaka Untuk Lawatan Rasmi

07.01.2012, Sabtu - Hari ini Raja Muda Perlis Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang juga merupakan Canselor Universiti Malaysia Perlis atau singkatannya UniMAP telah merasmikan program promosi UniMAP bertempat di Dataran Rempah, Bandar Melaka. Turut mengiringi baginda adalah Raja Puan Muda Perlis DYTM Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan isteri Datin Seri Asmah Abdul Rahman serta Naib Canselor UniMAP Dato' Prof Dr Kamarudin. Tuanku Syed Faizuddin Putra dan rombongan sedang berada di Melaka atas urusan lawatan rasmi selama tiga hari bermula semalam, Jumaat 06.01.2012.

Dato' Prof Dr Kamarudin dalam kenyataannya memaklumkan bahawa program ini akan diadakan selama dua hari bermula hari ini yang mana iannya adalah idea daripada Tuanku Faizuddin Putra sendiri yang ingin memberi peluang kepada rakyat Melaka melihat hasil idea dan kecemerlangan UniMAP. Mereka juga menyediakan perkhidmatan pendaftaran pelajar lepasan SPM dan STPM untuk memasuki UniMAP. So apa lagi .......... kepada adik-adik yang berada di Melaka dan jika berminat melanjutkan pelajaran ke UniMAP, pergilah beramai-ramai ke Dataran Rempah untuk melihat sendiri apa yang UniMAP sediakan untuk anda semua.

Beberapa program lagi telah disediakan sempena lawatan rasmi Tuanku Faizuddin Putra dan rombongan ke Melaka diantaranya Menyusuri Sungai Melaka, Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman dengan lima buah syarikat di Melaka dan lawatan ke Taman Mini Malaysia.

Sumber :- Bernama

No comments: