Saturday, January 21, 2012

Kes Kenyataan Berbaur Hasutan Terhadap Sultan Perak

21.01.2011, Sabtu - Semalam Mahkamah Rayuan Putrajaya telah memerintahkan peguam Karpal Singh membela diri terhadap pertuduhan membuat kenyataan berbaur hasutan yang dilakukannya pada 2009 terhadap Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah. Pengerusi panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Ahmad Ma'arop memaklumkan bahawa mereka telah sebulat suara membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Karpal Singh daripada pertubuhan itu pada 2010.

Beliau didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa pengguguran Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar oleh Sultan Perak boleh dipersoalkan di mahkamah. Beliau dikatakan mengeluarkan kenyataan ini dipejabatnya di Jalan Pudu Lama pada 06.02.2009. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000.oo atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Menurut Hakim Ahmad, panel tidak menerima hujah Karpal bahawa Seksyen 3(1)(f) Akta hasutan 1948 yang menetapkan bahawa tindakan mempersoalkan hak dan keistemewaan Raja adalah satu kesalahan, tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan. Pada pendengaran rayuan Julai tahun lalu, Karpal memohon mahkamah mengeluarkan Seksyen 3(1)(f) dan mengisytiharkan peruntukan itu tidak mengikut perlembagaan Persekutuan membenarkan litigan mendakwa ketua negeri dimahkamah menerusi cara semakan kehakiman. Tambah Hakim Ahmad lagi, semakan kehakiman tidak boleh dibuat terhadap kuasa Sultan.

Menuru Hakim Ahmad lagi, kenyataan karpal pada sidang akhbar itu bahawa sultan tidak menghormati undang-undang dan sultan telah bertindak secara ultra vires Perkara 16(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak telah menimbulkan kebencian. Perkara 16(6) berkait dengan kuasa sultan untuk melantik menteri besar. Tambahnya pihak pendakwaan hanya perlu membuktikan apa yang diperkatakan itu mmenimbulkan keadaan huru-hara dan tidak perlu menunjukkan niat dalam hasutan. Beliau berkata, apa yang dinyatakan Karpal tidak termaktub dalam kebebasan bersuara dan sebagai peguam kanan serta Ahli Parliman. Karpal sepatutnya tahu sempadan dan batasan kebebasan bersuara.

karpal diwakili oleh empat anaknya iaitu Jagdeep Singh Deo, Gobind Singh Deo, Ramkarpal Singh dan Sangeet Kaur serta R S Rayer, Ramesh Sivakumar dan Teoh Lib Peng. Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin dan Najib Zakaria. Rajpal Singh adalah peguam pemerhati Majlis Peguam.

Karpal dalam kenyataanya memaklumkan bahawa beliau akan merayu keputusan itu di Mahkamah Persekutuan walaupun ada autoriti mahkamah menyatakan sekiranya dipanggil membela diri, ia tidak boleh dirayu kerana ia bukan perintah muktammad. Katanya "Saya menerima keputusan itu pada ketika ini. Kami akan teruskan ke mahkamah Persekutuan dan kita lihat apa berlaku disana".

Sumber :- Berita Harian 21.01.2012

No comments: