03.01.2012, Selasa - Semalam staff TM telefon Syah dan inform mengenai talian telefon dan internet Syah. Disebabkan mungkin ada kabel yang telah dicuri mereka akan mengambil masa lebih lama lagi untuk memperbaikinya. Syah tanya bila dan jawabnya mungkin 1 minggu atau lebih. Alamak ............. tak dapat update bloglah jawapnya kerana Syah update blog dirumah kerana dioffice sibuk dengan tugas kecuali ada masa terluang seperti waktu lunch macam nie.
Pagi tadi hampeh betul kerana bas tak ada dan Syah terpaksa jalan kaki dari Rawang Residence Syah ke KTM Rawang hampir satu jam. Jam 06:30hrs bas tak ada dan Syah saja tunggu takut dia lewat tetapi hampir jam tujuh tak ada juga dan Syah ambil keputusan jalan kaki jew dan disebabkan hari sudah siang maka habis lencun baju Syah basah dengan peluh. Kalau awal pagi jalan kaki tak terasa sangat kerana masih sejuk. Sampai je kat jambatan nampak Komuter dah Jalan dan terpaksalah tunggu next train. Gambar nie Syah ambil masa dijambatan nak masuk ke Pekan Rawang.
Syah naik komuter jam 08:15hrs dan sampai KL Sentral jam 09:00hrs. Dari KL Sentral macam biasa naik LRT ke Kerinchi dan sampai office jam 09:15hrs. Geram betul dengan bas nie, melampau lah, suka-suka hati dia jer .......................
No comments:
Post a Comment