Sunday, January 8, 2012

TM Goes Green Berjalan Lancar

Syah dan En Azman one of the AGM di Group Human Capital Management sedang mengangkat Pokok yang hendak ditanam kedalam lubang yang disediakan.

08.01.2011, Ahad - Shukur Alhamdulillah Program TM Goes Green berjalan lancar semalam dengan pelbagai aktiviti yang diadakan. Last sekali Jamuan Makan Tengahari secara buffet untuk kami semua yang dianggarkan berjumlah 400 - 500 orang. VVIP pula makan berasingan di kawasan khas dengan deco ala-ala Perkahwinan Dalam Taman jer Syah tengok siap dengan pintu gerbang berbunga lagi, Hiasan meja makan janganlah cakap cantiknya ........... Berbaloilah kot harga yang ditawarkan oleh pembekal.

Actually Syah ditugaskan untuk menanam bunga tetapi apabila semua kumpulan dipanggil, nama Syah dan beberapa orang lainnya tak dipanggil dan diminta berkumpul. Tukang beri arahan tu agih-agihkan kami kedalam kumpulan yang sediada means mereka tak ikut jadual yang telah disediakan. Tak kisalah tu .............. small matters jew dan dari menanam bunga Syah kena tanam pokok.


Alamak tanam pokok ........... dah lah Syah ada masalah sendi tetapi tak mengapa ........... Hentam Saja lah Labu. Berat gak pokok tu exspecially bila nak angkat bahagian akarnya tu berat giler walaupun batangnya halus jew. Apa-apapun Syah berjaya lakukannya secara berkumpulan. Mungkin satu hari nanti bila Syah datang semula ke taman nie mesti rasa bangga tengok pokok-pokok yang kami tanam tue nanti. Selepas lunch, approx jam 13:00hrs rombongan kami bertolak semula ke Kuala Lumpur dengan tiga buah bas. Letih dan penatnya terasa sampai hari ini tetapi happy sangat kerana dapat buat kerja-kerja kebajikan macam nie. Terima kasih kepada TM kerana beri peluang kepada kami menyertai program ini.


Inilah salah satu pokok yang kami tanam. Dari kiri sekali Kak Rohana, Syah, Azlina dan salah seorang pelajar tajaan TM.
Gambar diatas adalah tempat Makan VVIP dan Bawah Tempat Makan Staff. Sedap menunya walaupun Syah tak makan nasi coz diet cuma ambil buah, pajeri nenas dan papadom serta Cendol dan Sagu Santan. Ada Nasi Beryani (tak silap Syah), Rendang Daging, Ayam dan Dalca. Sebelah pagi pula disediakan minuman panas serta Nasi Lemak, Green Apple dan Mineral Water yang di pack dalam beg plastik kepada setiap peserta. Ada disediakan kupon untuk minum pagi tetapi lunch tak ada kupon, self service cuma ada tukang cedok lauk supaya tak membazir.


2 comments:

Firdaus said...

salam, just nak share, kebanyakan pokok2 yang ditanam di taman tasik seremban telah pun layu. ini mungkin disebabkan setelah ditanam pokok2 tidak dijaga dengan rapi. Keperluan pokok seperti air dan baja yang mencukupi perlu di ambilkira demi memastikan keberlangsungan hidup pokok2 tersebut

Firdaus said...

salam, just nak share, kebanyakan pokok2 yang ditanam di taman tasik seremban telah pun layu. ini mungkin disebabkan setelah ditanam pokok2 tidak dijaga dengan rapi. Keperluan pokok seperti air dan baja yang mencukupi perlu di ambilkira demi memastikan keberlangsungan hidup pokok2 tersebut