Wednesday, January 4, 2012

Line Telefon dan Internet Masih Tak Ok Lagi

04.12.2011, Rabu - SMS nie Syah terima malam tadi semasa dalam bas on the way ke Pekan Rawang dari Kuala Lumpur. Tersenyum lebar bibir Syah yang dah memang lebar nie bila baca yang internet dah ok. Sampai jer rumah terus angkat phone tetapi senyap sunyi. Hampeh..... macam mana nie cakap tak serupa bikin dan panas hati rasanya tetapi buat-buat sabar. kerana kat bawah message tu ada kata kalau tak ok call mereka semula......... Itu Macam Ka? Hemmm apa-apa jer lah by the way I Love TM kerana itu tempat Syah cari rezeki.

Pagi tadi Syah call 100 dan tanya mereka mengapa line saya tak ok lagi tetapi bagi message kata dah ok. Kemudian staff tu kata nak buat note pasal perkara nie. So tension sebenarnya tanpa internet exspecially blogger seperti Syah nie. Nak update blog kat office mana boleh kerana ada kerja yang perlu diselesaikan melainkan waktu rehat/free time. Actually banyak yang hendak dikongsi bersama anda semua.

Ada juga pembaca yang bertanya kepada Syah mengapa tak update blog. So inilah masalah Syah sekarang nie talian telefon dan internet di Rawang Residence Syah tak ada dan kata mereka mungkin kabel kena potong oleh sipencuri. Lahanat betul pencuri tu mencuri harta TM dan menyebabkan masalah kepada pengguna. Minta-minta perkara ini dapat diselesaikan dengan kadar segera. Kes-kes kecurian kabel nie memang berleluasa sekarang nie dan jika anda semua ternampak ada individu yang memanjat tiang atau mengorek tanah dikawasan tertentu dalam keadaan mencurigakan buat-buatlah laporan kepada pihak polis Yew......

No comments: