Friday, January 6, 2012

Tunku Jalil Sultan Ibrahim Kini bergelar Inspektor

06.01.2011, Jumaat - Tahniah diucapkan kepada YAM Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim kerana telah berjaya menamatkan kursus Latihan Inspektor siri 1/2011. Tunku Jalil merupakan putera ketiga Sultan Johor diputerakan pada 05.07.1990. Kebiasaannya kita selalu mendengar anak-anak raja dihantar menyertai tentera tetapi Tunku Jalil agak unik sedikit kerana memilih bidang kepolisian. Tahniah diucapkan kepada Tunku Jalil kerana telah menamatkan latihan inspektor beliau dan kini bergelar Inspektor Tunku Jalil.

Esok pula akan diadakan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Polis Diraja Malaysia di PULAPOL atau Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia di Jalan Semarak Kuala Lumpur. Majlis ini mencatat sejarah kerana ianya membabitkan jumlah pelatih inspektor paling ramai iaitu sebanyak 960 orang dan akan dirasmikan oleh Ayahanda Tunku Jalil sendiri iaitu Sultan Johor DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Majlis ini juga akan disiarkan secara langsung oleh RTM melalui TV1. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Inspektor Tunku Jalil.

Tunku Jalil dalam message laman sesawang facebooknya hari ini menzahirkan rasa gementarnya untuk hari yang penuh bermakna esok, katanya :-
  • Tak pernah rasa gementar macam ni,jantung rasa macam nak terkeluar dari mulot!

2 comments:

Anonymous said...

br pulang dr pulapol..segak bergaya inspektor tunku jalil jd PP baris..tahniah tunku...

tengkusyah said...

Thanx for the info