Wednesday, January 11, 2012

Besan sultan Brunei Meninggal Dunia

11.01.2012, Rabu, - Besan kepada Sultan Brunei yang merupakan salah seorang tokoh terkemuka dan berpengaruh di Brunei telah kembali ke rahmatullah dan jenazah Allahyarham telah disempurnakan semalam di Kubah Makam Diraja Brunei. Allahyarham YAM Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak (Dr) Kemaludin Al-Haj ibni Almarhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Haji Mohd Yassin berusia 82 tahun ditemui mangkat dalam beradu pada tengahari 09.01.2011. Menurut salah seorang ahli keluarganya, Allahyarham kelihatan sihat pada sebelah paginya dan kemudian berehat sebentar dibiliknya. Pada jam 12:30hrs salah seorang ahli keluarganya cuba mengejutkan Allahyarham tetapi tidak mendapat sebarang tindakbalas dan Paramedik telah dipanggil. Allahyarham kemudiannya disahkan telah mangkat. Allahyarham meninggalkan seorang isteri iaitu Pengiran Anak Datin Paduka Siti Rafiah dan enam orang anak, tiga lelaki dan tiga perempuan serta 16 orang cucu.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha telah berkenan berangkat menziarahi jenazah Allahyarha dirumahnya di Jalan Jangsak. Turut Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah serta kerabat-kerabat Diraja yang lain.

Tuanku Sultan dan bersama-sama yang lainnya melakukan Solat Jenazah yang diimamkan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Abdul Aziz Juned. Setelah selesai solat jenazah, baginda berserta Kerabat Diraja berangkat ke Kubah Makam Diraja bagi Istiadat Pengebumian jenazah. Jenazah Allahyarham dibawa ke Kubah Makam Diraja dengan kenderaan khas yang diiringi dengan Alat-Alat Kebesaran Diraja. Di Kubah Makam Diraja, Tuanku Sultan berkenan mendahului menjirus 'Ayeng Asah-Asahan' atau kalu kita disini disebut air mawar/air paip di pusara Allahyarham diikuti dengan paduka-paduka adinda serta kerabat-kerabat Diraja.

Gambar disebelah diambil semasa Istiadat Perkahwinan putera Allahyarham dan Puteri Sultan Brunai. Yang Amat Mulia Pengiran Anak Dato' Laila Utama Haji Abdul Rahim bin Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak (Dr) Kemaludin Al-Haj dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajjah Rashidah Sa'adatul Bolkiah berkahwin pada tahun 1996 dengan penuh adat istiadat diraja Brunei di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan.

Al-Fatihah ................. Semuga Roh Allahyarham YAM Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak (Dr) Kemaludin Al-Haj ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. AMIN

3 comments:

Sain To Sinjai said...

Assalamu Alaikum,

Teriring doa kita Panjatkan kepada Allah SWT atas segala limpahan rahmatNya
sebelum melihat Blog ini saya mengira tdak ada Tau Bugis yang berjaya di Brunei Darussalam...

Selleng ssisseng pole ko tau ugi sinjai (sulawesi selatan/Indonesia)

Sain To Sinjai said...

Pole atikku marilaleng,
makkada kessing pa akkatuongennge ri Wanua'ta...
Pole atikku marilaleng melokka makkutana masussa ga taue mancaji tau Brunei,
macinnaka kasi..

Sain To Sinjai said...
This comment has been removed by the author.