Friday, July 6, 2012

Uncle Seekers Ditahan Reman Berhubung Isu Melibatkan Sultan Johor

06.07.2012, Jumaat - Pada 01.07.2012 lepas seramai 30 orang individu telah membuat laporan polis  di Balai Polis Sentral, Johor Baharu terhadap seorang pengamal / pengkaji  paranormal yang dikenali sebagai Uncle Seekers atau nama sebenarnya Tuan Syed Abdullah Hussein Al-Attas berhubung penyiaran artikel didalam blognya, www.uncleseekers.blogspot.com yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor. Mereka memohon pihak berkuasa melakukan siasatan terhadap Uncle Seekers berhubung isu ini yang juga dikatakan melibatkan Tunku Mahkota Johor, pemimpin dan penjawat awam kerajaan Johor.  


Sehubungan dengan itu, Jabatan Siasatan Jenayah Johor dalam kenyataannya semalam memaklumkan  bahawa satu tangkapan telah dibuat di Tol Senawang, Seremban, Negeri Sembilan  pada jam 21:45hrs malam kelmarin yang melibatkan Uncle Seekers sendiri yang berusia lingkungan 46 tahun bersama seorang wanita Siti Nadhirah Mohd Zain yang berusia 26 tahun. Tangkapan dilakukan oleh sepasukan anggota Polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya. Perintah tahanan reman kedua-dua mereka dikeluarkan oleh Majistret Mohd. Isa Mohamed lebih kurang jam 16:00hrs semalam  mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972.  Gambar menunjukkan kedua-dua mereka kelihatan gembira sambil menunjukkan isyarat "good" kepada jurugambar ketika tiba diperkarngan mahkamah sekitar jam 15:00hrs semalam. Pihak polis sebelum ini telah menerima sebanyak tujuh laporan berhubung isu ini dan sesiapa yang didakwa dibawah Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 ini akan berhadapan dengan hukuman penjara tujuh tahun.


Sumber : Berita Harian/Kosmo/ Kesultanan Johor Fanpage

1 comment:

Anonymous said...

kerana itu kena juga berhati2 dalm menulis N3 di blog...