Thursday, July 12, 2012

Perlantikan Tuanku Abdul Halim Sebagai Yang di-Pertuan Agong Untuk Kali Kedua Tercatat Didalalm Edisi Terbaru Malaysian Book of Records (Edisi Ke-8)

12.07.2012. Khamis - Sempena ulang tahun ke-17 Malaysian Book of Records (MBR), satu majlis pelancaran MBR edisi terbarunya iaitu edisi kelapan telah dilancarkan malam tadi yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz. Turut serta dalam majlis MBR Night of   Achivers ini adalah Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badwi sebagai tetamu kehormat dan pengasas MBR, Datuk Danny Ooi.  


Perlantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 buat kali keduanya merupakan salah satu kandungan utama dalam keluaran edisi terbaru ini. Merafak sembah tahniah kepada Tuanku Abdul Halim atas pencapaian yang baginda perolehi sehingga diabadikan dalam MBR edisi ke-8 ini.  Buku ini diterbitkan dalam dwibahasa iaitu bahasa Melayu dan Inggeris dengan lebih daripada 4000 rekod dan pencapaian oleh warga Malaysia.

Dicatatkan juga dalam MBR, budak lelaki paling rendah adalah Kama Mirezzanail Kama Rezmie dengan ketinggian 56sm manakala pemain bolasepak Mohd Safee Mohd Sali pula sebagai pemain bolasepak yang mendapat bayaran paling tinggi.

Sumber :- Bernama

No comments: