18.07.2012, Rabu - Keadaan kesihatan Raja Thailand, King Bhumibol Adulyadej dilaporkan beransur pulih daripada masalah kesihatan yang dihadapinya pada Malam Khamis lepas. Baginda yang berusia 84 tahun dan merupakan seorang raja yang paling lama berada diatas tahta didunia mengalami masalah "subdural bleeding" (pendarahan dalam ruangan diantara otak dan kulit kepala) dan Intermittent twitching hand. Setelah mendapat rawatan, degupan jantung dan tekanan darah baginda telah kembali normal dan doktor meminta agar baginda berehat dan menanguhkan kesemua aktiviti rasmi baginda. Disebabkan masalah ini, baginda terpaksa membatalkan lawatan rasmi baginda ke daerah Ratchaburi yang dijadualkan berlangsung pada Ahad lepas. Beribu-ribu orang datang ke Hospital Siriraj yang menjadi tempat persemayaman baginda semenjak 2009 lagi untuk mendoakan agar baginda cepat sembuh dan diberikan kesihatan yang baik. Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawarta telah memberikan ros bewarna pink kepada baginda dan mengucapkan agar baginda cepat sembuh.
No comments:
Post a Comment