01.07.2012, Ahad - Pakai berkabung yang digunakan oleh Baginda Queen Victoria selepas kemangkatan suaminya Prince Albert telah dijual dengan harga 6,000 pound dalam satu jualan lelong di Derbyshire. Bidaan telah dimenangi oleh seorang pengumpul (collector) pada Sabtu lepas. Prince Albert mangkat ketika berusia dalam lingkungan 42 tahun pada 14.12.1861 jam 22:50hrs dihadapan Baginda Queen dan lima dari sembilan orang anakandannya di Istana Windsor. Baginda amat berdukacita dengan kemangkatan suaminya, menyebabkan baginda Queen Victoria berkabung sepanjang hayatnya selama 30 tahun selepas kemangkatan Prince Albert. Walaupun baginda seorang Raja yang terkenal dan tersohor di dunia ketika itu, kasih sayang terhadap suami baginda mengatasi segalanya.
Menurut Charles Hanson, pengurus Hanson's auctioneers di Etwall, pakaian ini dibuat sekitar tahun 1880an mengandungi Gaun Hitam yang mempunyai ukuran pinggang 43 inci, Kasut dan Topi. Baginda Queen Victoria memerintah Britain mulai 20.06.1837 hingga 22.01.1901 dan baginda telah mencipta sejarah kerana merupakan pemerintah Britain paling lama berada diatas tahta iaitu selama 63 tahun 7 bulan 2 hari. Baginda juga merupakan Raja Perempuan yang memerintah paling lama didunia.
Sumber :- BBC News / Wikipedia
1 comment:
salam...Ratu Victoria ke Ratu Elizabeth?
Post a Comment