01.07.2012, Ahad - Photo ini Syah ambil pada 23.06.2012 lepas sewaktu balik ke kampung Syah di Sabak Bernam, Selangor. Syah, Muss, Cd dan Haziq sempat ke Teluk Intan, Perak dan kami singgah sekejap melawat bekas Istana Rasmi Raja Muda Perak di Teluk Intan atau dahulunya dikenali sebagai Teluk Anson. Dahulu Raja Muda Perak akan bersemayam di Teluk Intan (Anson). Istana ini dibina sekitar tahun 1922 dan Raja Muda pertama bersemayam disini adalah Almarhum Raja Muda Abdul Aziz yang kemudiannya bergelar Sultan Abdul Aziz dan Raja Muda yang terakhir mendiami Istana ini adalah Almarhum Raja Muda Ahmad Siffuddin. Pada tahun 1988, Raja Muda yang baru DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Dr. Nazrin Shah tidak lagi bersemayam di Istana ini dan bersemayam di Istana Tetamu, Ipoh, Perak. Semenjak dari itu istana ini telah dikosongkan dan seiring dengan peredaran masa, Istana yang ditinggalkan ini menjadi usang dan terbiar dimamah usia. Kali terakhir Syah kesini pada 19.12.2009 dan begitu jugalah keadaanya hingga hari ini. Sayang sekali tempat yang bersejarah ini ditinggalkan begitu sahaja.
Entry Syah pada 2009 berhubung istana ini. Sila click :-
Sumber :- tengkusyah.blogspot.com dan wikipedia
1 comment:
kalau istana ni diperbaiki dan dijadikan muzium atau rumah rehat...mesti cantik
Post a Comment