13.07.2012, Jumaat - Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairil Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan merasmikan Masjid Ash-Shaliheen. Keberangkatan tiba Tuanku dan Putera-Putera serta Kerabat Diraja disambut oleh Menteri Hal Ehwal Ugama Brunei dan baginda kelihatan bersalaman dengan para jemaah lainnya. Kemudiannya Tuanku telah berkenan menandatangani plak perasmian dan pembukaan Masjid Ash-Shaliheen. Solat Jumaat diimamkan oleh Mufti Kerajaan Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned. Sebelum berangkat pulang Tuanku dan rombongan telah bersalaman dan beramah mesra dengan para Jemaah.
Sumber :- Kementerian Penerangan Brunei
No comments:
Post a Comment